Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempersoalkan kesediaan pasukan pendakwaan dalam membawa prosiding kes membabitkan anak guamnya kerana pihak pendakwaan yang meminta penangguhan. Menurut beliau, kebiasaannya pihak pembelaan yang akan meminta penangguhan.
“Tetapi dalam kes ini, pendakwaan yang meminta penangguhan sehingga sebulan hanya untuk sebutan kes.”
“Seperti yang pernah saya katakan, saya sangat serius dalam perkara ini, pihak pendakwaan mungkin masih mencari bukti berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib,” ujar beliau lagi.
Semua pihak yang ingin menyabitkan Datuk Seri Najib dengan 1MDB seolah-olah belum bersedia, walaupun mereka kata telah mempunyai bukti lengkap untuk mendakwa beliau sejak 2015.
Datuk Seri Najib dikenakan ikat jamin RM1 juta dan mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan kes yang dijadualkan bermula dari 18 hingga 28 Februari disusuli dari 4 hingga 8 Mac serta dari 11 hingga 15 Mac tahun depan iaitu selama 19 hari.
Selain itu, Pasukan Petugas Khas 1MDB hari ini tampil membuat kenyataan membetulkan kesilapan tertinggal perkataan ‘SPRM’ yang tidak sepatutnya dilakukan kerana ‘kesilapan kecil’ yang dinyatakan oleh beliau sebenarnya memberikan implikasi yang sangat besar.
Selain jawapan tersebut tidak menjawab persoalan ketiga yang ditimbulkan oleh Majlis Peguam, ia juga seolah-olah mengesahkan Pasukan Petugas juga tergesa-gesa dan tidak bersedia dengan bukti mencukupi kerana terlalu ghairah ingin membawa Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak ke muka pengadilan, sama seperti pasukan pendakwaan.