SHAFEE: PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB MELANGKAUI PEGUAM NEGARA

354
SHARES
2.1k
VIEWS

Amat malang apabila Pasukan Petugas Khas 1MDB yang diharapkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk merungkai skandal 1MDB sendiri terpalit dengan kontroversi apabila mendahului Pejabat Peguam Negara dalam membuat pendakwaan.

Walaupun pasukan khas ini telah memberikan kenyataan namun tetap tidak mampu menjawab persoalan asas kenapa mereka yang menetapkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan didakwa dan juga tarikh bila beliau akan didakwa.

Kita mengharapkan  Datuk Seri Najib dibawa ke muka pengadilan dan dibicarakan secara adil kerana tiada sesiapa boleh terlepas daripada disiasat demi prinsip kedaulatan undang-undang.

Ini kerana bekas Perdana Menteri serta 1MDB telah diberi penghakiman dan telahpun disabitkan kesalahan oleh media sosial sejak sekian lama.

Ini telah mewujudkan persepsi buruk yang menyumbang kepada kekalahan kerajaan Barisan Nasional ketika PRU-14.

Masyarakat ingin mengetahui perkara dan perincian sebenar agar segala misteri berkaitan 1MDB dapat dirungkaikan namun kelihatannya sukar dilaksanakan apabila pasukan petugas khas sendiri membuat banyak kesilapan yang membelakangkan prinsip kedaulatan undang-undang.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib hari ini mempertikai Pasukan Petugas Khas 1MDB disifatkannya tidak sah kerana mengeluarkan kenyataan semalam bahawa Najib akan didakwa.

Beliau bersetuju dengan pandangan Presiden Badan Peguam, George Varughese yang mempersoalkan mengenai keabsahan pasukan petugas 1MDB itu untuk mengeluarkan kenyataan mengenai penangkapan dan pendakwaan Datuk Seri Najib.

“Pasukan petugas itu melangkaui kuasa Peguam Negara dengan mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan Najib yang ditangkap dan dituduh hari ini.”

“Saya sangat terganggu olehnya kerana keputusan pasukan petugas itu mungkin menjadi penghakiman dalam peranan penyeliaannya.”

“Adakah pasukan petugas yang disahkan oleh Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) atau kabinet yang sah di bawah undang-undang, jika bukan pasukan petugas itu boleh dianggap tidak sah di sisi undang-undang.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts