ISU MYSALAM: KENAPA TONY PUA TAKUT MENJAWAB SOALAN?

411
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Wee Ka Siong 

Alamak, Tony Pua ini tidak faham Bahasa Malaysia ke? Jawab dahulu soalan saya sebelum kita pergi jauh.

Rujuk;

https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1512916835542482

1. Saya sudah kata dengan jelas, selesaikan dahulu masalah yang ada melibatkan B40 sebelum diperluaskan kepada M40. Saya langsung TIDAK PERNAH KATA jangan bantu mana-mana kategori rakyat.

2. Mengenai bayaran untuk mendapatkan laporan perubatan, saya sudahpun menunjukkan bukti. Sehingga kini ia masih belum dijawab. Adakah Tony nak kata rakyat menipu?

Rujuk;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1414184842082349&id=1002345083266329

3. Saya pernah mendapat aduan daripada pengundi-pengundi di kawasan saya, Parlimen Ayer Hitam yang mengadu betapa susahnya hendak tuntut bayaran mySalam dan pesakit terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan Laporan Perubatan serta dicaj sebanyak RM40.

Saya sendiri berusaha mendapatkan peruntukan untuk membantu mereka, kalau lambat, mungkin perkara lebih buruk menimpa mereka.

Kalau Tony tidak percaya, pergilah sendiri berjumpa dengan mereka. Singgahlah ke Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Ayer Hitam untuk dapatkan maklumat pesakit ini. Jangan lupa ajak Menteri Kewangan Lim Guan Eng sekali.

Rujuk;

https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1430058953828271

4. Persoalan yang saya bangkitkan adalah jelas. Kenapa hanya menggunakan RM13.7 juta atau 3.4 peratus daripada jumlah RM400 juta yang diperuntukkan oleh mySalam untuk dimanfaatkan kepada pesakit B40 pada tahun 2019?

Apa gunanya simpan baki yang banyak berlebihan itu? Sedangkan rakyat mengeluh dengan karenah birokasi yang menyusahkan untuk mendapatkan tuntutan?

Tony faham atau tidak maksud ‘karenah birokrasi’?

5. Tony, bagaimana pula dengan Skim Peduli Sihat seperti yang termaktub di dalam Manifesto PH ’10 janji untuk 100 hari’ dulu?

“Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.”

Sudah lupa? Sekarang apa sudah jadi? Habukpun tak ada!

Oh ya, saya ada banyak lagi persoalan tentang mySalam ini. Saya akan bangkitkan tidak lama lagi. Harap jangan lari, sila jawab.

Tunggu! Dipetik dari laman Facebook beliau di;

https://m.facebook.com/1002345083266329/posts/1516131838554315?sfns=mo

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts