ISU COVID-19: INI RUJUKAN BUAT GUAN ENG

464
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Nicole Wong

Ini disediakan sebagai rujukan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Takut dia tidak tahu…

Semalam Singapura mengumumkan Pakej Penstabilan dan Bantuan bernilai SG$4 bilion (RM12 bilion) bagi membantu pekerja dan syarikat yang terjejas akibat wabak Covid-19 khususnya bagi sektor pelancongan dan pengangkutan yang dilihat terjejas teruk.

Pakej berkenaan diwujudkan bagi menstabilkan ekonomi Singapura serta membantu pekerja dan syarikat ketika ini;

Selain menyediakan skim untuk membantu pekerja terus kekal dalam pekerjaan mereka, pakej itu juga akan membantu syarikat menangani aliran tunai.

Semua syarikat yang membayar cukai akan mendapat rebat cukai pendapatan korporat sebanyak 25 peratus daripada jumlah cukai yang perlu dibayar, sehingga SG$15,000 (RM45,000) bagi setiap syarikat.

Penyewa dan pemajak di hartanah yang diuruskan pemerintah seperti Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Darat Singapura (SLA) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) juga boleh berbincang dengan agensi berkenaan mengenai bayaran sewa yang fleksibel seperti bayaran ansuran.

Sektor pelancongan, penerbangan, runcit, khidmat makanan serta khidmat teksi dan kereta sewa akan turut menerima bantuan tambahan kerana sektor ini terjejas secara langsung oleh wabak Covid-19.

Dipetik dari laman Facebook beliau di:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2545551558994333&id=1513447625538070

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts