SUDAH TIBA MASA TOMMY THOMAS MELETAKKAN JAWATAN

741
SHARES
2.8k
VIEWS

1. MUAFAKAT, berasa amat kesal namun tidak terkejut dengan keputusan terbaru yang dibuat oleh Tommy Thomas terhadap kes 12 individu penyokong pengganas LTTE memandangkan latar belakang sebagai peguam yang suatu ketika pernah mengendali kes membela Chin Peng, serta salah guna kuasa sebagai AG dalam kes pembunuhan Adib dan beberapa lagi yang menimbulkan kontroversi.

2. Kenyataan Tommy Thomas mengundang malapetaka kepada keselamatan negara yang seolah-olah meletakkan kepentingan segelintir penyokong pengganas lebih utama dari kesejahteraan rakyat.

3. Selain terbukti tindakannya yang tidak konsisten dan berat sebelah seperti dalam kes pembunuhan Allahyarham Muhd Adib. Hal ini dinyatakan sendiri oleh mantan IGP Tan Sri Musa Hassan. Dalam memikul dan melaksanakan tanggungjawab besar ini, ternyata beliau gagal dan keliru hingga tidak mampu untuk menentukan organisasi mana yang merupakan kumpulan pengganas besar yang boleh mengancam keselamatan negara.

4. Selain kecelaruan dan kekeliruan beliau dalam hal urus tadbir, kegopohan beliau ini melanggar etika kerja apabila secara tidak langsung telah menghina dan memperlekehkan sistem keadilan negara, khususnya pada integriti pihak keselamatan negara Polis DiRaja Malaysia yang diiktiraf dunia dari aspek menangani keganasan ekstremis.

5. Amat jelas Tommy Thomas kali ini telah melampau dan angkuh melangkaui kuasa eksekutif Menteri Dalam Negeri yang menegaskan LTTE masih dikategorikan sebagai kumpulan pengganas dan tidak berhasrat untuk menggugurkan status ‘terrorist’ kumpulan tersebut.

6. Antara sebab-sebab ini, saya mewakili NGOi Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) berpendapat Tommy Thomas perlu melepaskan jawatan dengan kadar segera kerana beliau gagal memikul tanggungjawab besar ini dan jelas tindakan terbaru ini menzahirkan ketidakmampuan beliau menggalas tugas sebagai Peguam Negara dan Penasihat Undang-Undang yang sepatutnya menjadi ikon keadilan dan integriti negara.

Mahmud Hishamuddin

Setiausaha Agung MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts