BERANTAKAN KUASA POLITIK KALANGAN POLITIKUS HANYA MENGORBANKAN RAKYAT

371
SHARES
2.2k
VIEWS

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

23 Februari 2020  l  29 Jumadal Akhirah 1441

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengambil perhatian dan menuruti rapat isu berkenaan peralihan kuasa yang hangat diperhebohkan oleh setiap lapisan sama ada di peringkat ahli politik, penganalisis, wartawan serta rakyat umum.

2. Terbaru, telah tular sidang media yang melibatkan pemimpin nombor 1 negara Tun Mahathir yang menyatakan berkenaan peralihan kuasa yang tiada tempoh waktu tertentu. DPPNS melihat ‘adegan Tun M’ dengan nada yang tegas, merupakan suatu isyarat yang jelas bahawa wujudnya konflik dalaman yang sangat serius di kalangan pemimpin tertinggi PH dalam menguruskan pentadbiran negara.

3. DPPNS yakin, apa juga yang berlaku, ia turut akan melibatkan beberapa kepimpinan di peringkat kerajaan negeri Selangor memandangkan perpecahan salah satu parti komponen kerajaan yang berantakan sudah tidak dapat lagi disembunyikan. Jika ia berlaku, maka kerisauan DPPNS adalah pada ketidakstabilan politik yang pasti menjejaskan beberapa isu yang secara langsung memberi kesan kepada rakyat negeri Selangor khususnya.

4. Dengan segala isu yang masih belum terjawab dan ia melibatkan kepentingan rakyat jelata, isu konflik dalaman di kalangan parti kompenan PH sudah pasti akan membesarkan lagi masalah ini. Ini yang dibimbangi apabila perebutan kuasa dari parti-parti politik tanpa melihat kesan yang bakal tercetus “mengorbankan” kepentingan rakyat dan membawa kepada ketidak stabilan sesebuah negeri mahupun negara.

5. Rakyat meletakkan kepercayaan pada parti yang dipilih menerusi PRU adalah untuk mengurus dengan lebih baik bagi membolehkan manfaat yang lebih besar dari kerajaan yang lama. Malangnya kerajaan PH hari ini dalam tempoh hampir 2 tahun hanya berantakan mengenai kuasa politik atau peralihan kuasa sedangkan janji-janji yang ditaburkan masih jauh dilunaskan. Rakyat hanya menjadi ‘alat’ pemangkin bagi perolehan kuasa untuk kesinambungan politikus dan kem tertentu sahaja.

6. DPPNS konsisten untuk memberikan fokus ke arah kestabilan politik dan menjaga kepentingan rakyat dari perkara yang merugikan dan mengorbankan kepentingan rakyat. Sudahkah kita semua lupa bagaimana di Selangor terdahulu dalam menukar Menteri Besar iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga fitnah menjadi makanan santapan harian. Fitnah yang didokumenkan setebal 90 muka surat akhirnya tiada satupun yang membenarkan. Kesannya Tan Sri Khalid digulingkan dan kita melihat pasca pentadbiran kerajaan Negeri Selangor pasca Tan Sri Khalid Ibrahim semakin negatif dengan penurunan rizab kerajaan negeri serta semakin terhadnya inisiatif tawaran kepada rakyat.

7. Begitu juga isu ‘Langkah Kajang’ yang menghabiskan wang, masa dan tenaga demi kepentingan politikus bukan untuk kepentingan rakyat. Maka apa lagi pengajaran yang berlaku masih tidak mahu diambil? Sedarlah, keberantakan demi kuasa politik oleh politikus tidak mengundang manfaat malah hanya merosakkan dan mengorbankan rakyat yang tidak bersalah.

8. Maka, saya selaku KP DPPNS menyeru supaya MB Selangor lebih fokus mentadbir negeri ini sehingga habis tempoh pentadbiran, bukan hanya memikirkan berkenaan dengan kedudukan politik peribadi dan ‘kem’ tertentu untuk terus berkuasa

Demi Islam

Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Selangor

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3123144421070175&id=225685927482720

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts