FOREX, PKFZ, PERWAJA, BMF, SCORPENE: SKANDAL-SKANDAL YANG WAJAR DILUPAKAN APABILA MENJADI KERAJAAN

597
SHARES
1.9k
VIEWS

Perbicaraan di mahkamah bukan satu-satunya jalan bagi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk membersihkan namanya, kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

Pemimpin veteran DAP itu berkata Najib boleh membersihkan dirinya dengan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung skandal 1MDB untuk menangkis timbunan maklumat yang menunjukkan beliau bersalah seperti yang didedahkan dalam saman pelucutan hak sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) AS.

Sungguhpun begitu, 1MDB bukan satu-satunya skandal bagi Lim Kit Siang perjuangkan bagi membersihkan namanya daripada digelar sebagai berat sebelah apabila terlalu banyak skandal yang kini telah beliau lupakan walaupun jumlah kerugiannya berpuluh ganda lebih besar dari kerugian 1MDB.

Antaranya skandal FOREX, PKFZ, Perwaja Steel, ScorpeneBumiputera Malaysia Finance Limited (BMF) iaitu anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), termasuklah pembunuhan Allahyarham Jalil Ibrahim, juruaudit yang dihantar ke Hong Kong untuk menyiasat skandal MBF.

Malah pengorbanan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta lebih 100 yang lain ditahan ISA dalam Operasi Lalang pada tahun 1987 tidak harus dilupakan demi untuk melihat skandal-skandal besar ini terus dibongkarkan.

Seperti saranan beliau kepada Datuk Seri Najib, beliau boleh membersihkan dirinya dengan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung 1MDB, maka RCI juga boleh ditubuhkan bagi menyiasat seluruh skandal di atas termasuklah insiden Memali dan juga Altantuya Sharibuu.

Begitu juga apabila kerajaan Pakatan Harapan telah memerintah rakyat berharap RCI dapat ditubuhkan bagi setiap skandal besar yang telah berlaku di negara ini. Rakyat Malaysia mengharapkan pimpinan DAP yang selalu dikatakan rasis sejak daripada permulaan penubuhannya termasuk dikatakan sebagai punca rusuhan pada 13 Mei 1969, dapat berjuang secara konsisten seperti kes 1MDB walaupun kini ramai pimpinan DAP dilantik menjadi Menteri termasuk Lim Guan Eng.

Lim Kit Siang mungkin individu yang paling mengetahui mengenai semua skandal di atas kerana beliau paling konsisten menulis dan menerbitkan buku berkaitan setiap skandal berbanding pemimpin pembangkang lain yang tidak menjadi penulis skandal seperti beliau.

Melainkan matlamat Lim Kit Siang hanya ingin melihat DAP berjaya menguasai negara dan segala perjuangannya selama ini yang gigih menulis hanyalah semata-mata ingin menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan menaikkan seramai mungkin dari kalangan pemimpin DAP menjadi Menteri

Ini kerana kini beliau sendiri boleh menerima Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan walaupun Tun Mahathirlah watak utama dalam kebanyakan buku-buku beliau.

Jika begitu, rakyat Malaysia kini boleh melupakan terus skandal-skandal besar yang berlaku kerana matlamat utama pejuang skandal ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional bukannya mengungkap kebenaran.

“Tiada permohonan maaf yang ikhlas, hanya penafian. Mendengar mesej Najib itu, saya tidak menangis untuknya, tetapi untuk Malaysia.” – Lim Kit Siang, menyindir mesej Datuk Seri Najib sebelum ditangkap

Sewajarnya rakyat Malaysia menangis untuk Lim KIt Siang kerana telah melupakan skandal-skandal yang jauh lebih besar daripada jumlah kerugian yang dialami oleh 1MDB.

Hakikat ini yang cuba dinafikan oleh beliau kerana matlamat utama DAP bukanlah mencari kebenaran dengan merungkai skandal namun sama sahaja seperti pemimpin lain baik kerajaan atau pembangkang iaitu ingin berkuasa.

Penafian beliau untuk skandal-skandal ini adalah satu kerugian besar buat negara dan buku-buku beliau wajar dijadikan rujukan apabila beliau telah tiada kelak yang dinamakan Skandal-skandal Yang Wajar Dilupakan Apabila Menjadi Kerajaan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts