SOKONGAN KUAT TERBARU AMANAH DAN DAP KEPADA TUN MAHATHIR: LAWAK JENAKA, HIPOKRASI ATAU DESPERADO?

550
SHARES
2.9k
VIEWS

Oleh Dr. Kamarul Yusoff

Berdasarkan pemerhatian dan laporan, yang paling kuat mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad segera meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, khususnya di dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari lalu, adalah pemimpin-pemimpin AMANAH dan DAP.

Alih-alih, bila Tun Dr Mahathir sudah meletakkan jawatan, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pula menonjolkan AMANAH dan DAP sebagai yang paling kuat menunjukkan sokongan supaya Tun Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri.

Dalam kenyataan media segera Mohamad Sabu, beliau menyebut;

Parti Amanah Negara (AMANAH) ingin menegaskan pendirian bahawa kami menyatakan sokongan penuh kepada YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia”.

Baca di sini: https://www.facebook.com/100953840043211/posts/1601661383305775/

Dalam kenyataan media segera Lim Guan Eng pula, beliau menyebut;

DAP berhasrat untuk mengesyorkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan mengadakan mesyuarat tergempar pada malam ini untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia”.

Tonton di sini:

https://www.facebook.com/DAPMalaysia/videos/2572265136382826/

Tertanya-tanya pula saya di dalam kategori manakah kenyataan-kenyataan ini boleh dimasukkan:

A. Satu lawak jenaka?

B. Satu perlakuan hipokrasi?

C. Satu tindakan desperado?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts