PAKATAN HARAPAN ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR MALAM INI

187
SHARES
598
VIEWS

Bertujuan memujuk semula Dr. Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri untuk PH.

Usaha terakhir Lim Guan Eng, Mat Sabu dan Anwar.

PERSOALANNYA:

Kerajaan Baru Malaysia mempunyai beberapa masalah;

1. Apabila ada SD di mana Ahli Parlimen tandatangan kedua-dua SD.

Satu SD untuk sokong Mahathir.

Satu SD sokong Anwar.

Namun demikian, Anwar tidak mempunyai 112 Ahli Parlimen.

Mahathir mempunyai lebih daripada 112 Ahli Parlimen.

2. Terkini, ada campur tangan dari ahli keluarga Dr. Mahathir, merayu agar jangan bubarkan Kerajaan PH ini.

Dan jangan tubuh kerajaan yang baru bersama dengan UMNO.

3. Keadaan malam ini bertambah rumit dan tegang.

Dr. Mahathir sudah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim. 

Menteri-Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik sudah dilucutkan kuasa pentadbiran mereka.

Mereka seharusnya mula mengosongkan pejabat masing-masing dan memulangkan semula kereta rasmi kerajaan.

Malah bodyguard untuk TPM, Menteri KDN dan Menteri Pertahanan perlu ditarik balik.

4. Maka, persoalan yang amat penting malam ini;

BERAPA LAMA DR. MAHATHIR AKAN JADI INTERIM PERDANA MENTERI? 

Apa keputusan yang bakal diambil oleh YDP Agong? 

5. Kemungkinan besar, sekiranya dalam masa 48 jam, tidak dapat dibuktikan Dr. Mahathir mempunyai 112 Ahli Parlimen menyokong beliau; 

KEPUTUSAN TERBAIK YDP AGONG IALAH:

Membubarkan Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15, dalam waktu terdekat ini.

Salam. 

DSBA

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts