SEBAB MAHATHIR LETAK JAWATAN SEBAGAI PENGERUSI BERSATU

618
SHARES
3.3k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Tun Mahathir baru meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.

Diberitakan terdapat konflik dan ketidaksetujuan dalaman dalam Bersatu yang menyebabkan Mahathir meletakkan jawatan.

Ada kumpulan dalam Bersatu yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan UMNO dan PAS dalam kerajaan pintu belakang yang baru.

Salah satu sebab adalah kerana daripada 12 kerusi Parlimen Bersatu yang dimenangi pada PRU-14 yang lepas, lebih separuh daripadanya kalah beribu-ribu undi jika dibandingkan dengan gabungan undi UMNO dan PAS.

Oleh itu besar kemungkinan mereka (Ahli-ahli Parlimen Bersatu ini) akan terpaksa melepaskan kerusi-kerusi ini kepada UMNO atau PAS yang mempunyai sokongan akar umbi yang lebih kuat jika mereka bergabung dengan UMNO dan PAS.

Tambahan lagi, 14 bekas Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke Bersatu selepas PRU-14 kini tidak lagi mempunyai jawatan parti di bahagian sama ada dalam UMNO mahupun Bersatu.

Oleh itu besar kemungkinan mereka juga tentunya perlu menyerahkan kerusi mereka kepada orang lain di dalam UMNO, PAS atau Bersatu yang lebih senior atau berjawatan parti berbanding mereka.

Mereka hanya memikirkan kepentingan kedudukan mereka.

Mahathirpun sama.

24 Februari 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/661525521269642/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts