KAMI GAGALKAN KONSPIRASI PENGKHIANAT MAHU JATUHKAN PERDANA MENTERI

299
SHARES
964
VIEWS

KENYATAAN MEDIA

Malam Jumaat lalu kita menyaksikan usaha golongan sebahagian pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk memaksa YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menetapkan tarikh beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan melakukan peralihan kuasa kepada Presiden KEADILAN Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Usaha tersebut adalah kemuncak kempen mereka untuk menguar-uarkan isu peralihan kuasa sebagai agenda utama PH. Kempen ini telah dimulakan sejak beberapa bulan yang lalu dengan kekerapan meningkat dari semasa ke semasa sehingga mengalihkan pandangan rakyat daripada usaha untuk memberikan tumpuan kepada agenda pemulihan ekonomi dan reformasi institusi. Kempen ini telah menghakis keyakinan rakyat dan masyarakat pelabur terhadap kewibawaan kerajaan PH.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memberi tekanan kepada YAB Tun Dr. Mahathir yang sedang mempersiapkan negara untuk menganjurkan Persidangan APEC pada bulan November 2020. Persidangan ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada usaha menampilkan Malaysia sebagai model transisi demokrasi yang mengutama agenda aspirasi rakyat.

Kami yakin bahawa percubaan memaksa Perdana Menteri menentukan tarikh peralihan kuasa sebagai usaha jahat untuk menjadikan Perdana Menteri sebagai “lame duck PM”.

Ini adalah kerana menukar Perdana Menteri di tengah penggal memberi isyarat yang salah kepada rakyat dan masyarakat pelabur. Peralihan kuasa di tengah-tengah penggal akan menggugat kesinambungan dasar-dasar dan persepsi rakyat terhadap kerajaan PH.

Justeru itu kami telah mengambil langkah proaktif untuk mengagalkan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri di tengah-tengah penggal.

Langkah yang kami lakukan adalah untuk menjamin keyakinan rakyat dan masyarakat pelabur terhadap kestabilan dan kelangsungan dasar-dasar Kerajaan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat seperti yang terkandung  dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Justeru itu kami menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan pihak yang melabel kami sebagai pengkhianat. Sebaliknya mereka yang berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri di tengah penggal adalah pengkhianat sebenarnya kerana mereka lebih mementingkan agenda mengambil kuasa Perdana Menteri dari pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan yang bertujuan memulihkan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Usaha kami terbukti benar bahawa pihak tersebut kini menyedari kesalahan yang mereka lakukan. Justeru itu kenyataan mereka menyokong YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri hingga akhir penggal.

1. YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Ahli Parlimen Gombak

2. YB Puan Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang

3. YB Dato’ Saifuddin Abdullah
Ahli Parlimen Indera Mahkota

4. YB Baru Bian
Ahli Parlimen Selangau

5. YB Dato’ Kamaruddin Jaffar
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

6. YB Dato’ Mansor Othman
Ahli Parlimen Nibong Tebal

7. YB Dato’ Rashid Hasnon
Ahli Parlimen Batu Pahat

8. YB Dato’ Seri Dr. Santhara Kumar
Ahli Parlimen Segamat

9. YB Ali Biju
Ahli Parlimen Saratok

10. YB Willie Mongin
Ahli Parlimen Puncak Borneo

11. YB Jonathan Yasin
Ahli Parlimen Ranau

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts