SEMUA AHLI PARLIMEN DITITAH MENGADAP YDP AGONG

171
SHARES
551
VIEWS

Sidang media oleh pihak Istana Negara tengahari tadi yang dijalankan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, YBhg. Dato’ Ahmad Fadil bin Hj. Shamsudin bersama Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy bin Zairakithnaini Azwan, memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah menitahkan kesemua Ahli-ahli Parlimen hadir mengadap untuk menentukan sokongan mereka terhadap calon Perdana Menteri. 

Kesemua mereka kecuali Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil secara berkumpulan dan kumpulan pertama seramai 90 orang akan ditemuduga pada hari ini dan bakinya akan diteruskan pada hari Rabu esok.

Proses bagi temuduga tersebut akan dijalankan sendiri oleh Baginda Tuanku secara ‘one to one basis’ dan akan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Proses menemuduga tersebut dijangka akan mengambil masa hanya dua atau tiga minit bagi setiap Ahli Parlimen.

YDP Agong mengambil inisiatif yang pertama kali diadakan si peringkat Pusat di negara ini bagi memastikan siapakah calon Perdana Menteri yang sebenarnya dipilih oleh Ahli-ahli Parlimen tersebut sna perkara berkaitan, di sebalik pelbagai spekulasi mengatakan beberapa individu dipilih berdasarkan pengakuan bersumpah (SD) yang telah ditandatangan.

Senarai yang akan dipanggil pula tidak mengikut parti tetapi secara individu, seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja.

Semua Ahli Parlimen telah dimaklumkan semalam mengenai titah Seri Paduka Baginda memanggil mengadap bagi sesi temuduga tersebut.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja juga dipetik berkata;

Apa yang dilakukan di sini adalah, Seri Paduka Baginda ingin lakukan secara transparent (telus) dan akan berkongsi (maklumat terkini) supaya pihak media tidak memberi (menimbulkan) apa-apa spekulasi” – merujuk kepada pelbagai spekulasi ketika ini antaranya mengenai senarai nama Perdana Menteri yang kononnya dicadangkan dan Soalan-soalan yang ditanyakan. 

Pihak Istana Negara juga memaklumkan bahawa apa yang akan berlaku selepas proses temuduga ini diselesaikan, hanya diketahui oleh Seri Paduka Baginda sahaja dan pihak media akan dimaklumkan dari masa ke semasa kelak. 

Rujuk video di bawah:

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts