MOHON YDPA BUBAR PARLIMEN

292
SHARES
630
VIEWS

Terkini, PAS, UMNO, MIC, MCA dan GPS sepakat memohon Yang Di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan berikutan situasi meruncing yang berlaku kini.

Ketegasan itu dibuat wakil-wakil parti yang bersama dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa, Presiden MCA, Dato’ Seri Dr Wee Ka Siong dan beberapa pemimpin lain.

Kenyataan ini dibuat selepas kesemua Ahli Parlimen PAS, Umno, MIC, MCA dan beberapa yang lain dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 2.30 petang tadi.

Ia juga rentetan beberapa opsyen pembentukan kerajaan baharu yang tidak selari dengan pendirian dan dasar PAS, UMNO dan rakan, yang mana pendirian konsisten menolak DAP dalam pembentukan kerajaan, menolak kaedah pelantikan kabinet oleh Perdana Menteri mengikut individu dan bukannya parti.

Berita lanjut menyusul.

Sumber HARAKAHDAILY

https://www.facebook.com/258825114833737/posts/506708353378744/

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts