MAHATHIR DAN BERSATU SUDAH HILANG PUNCA – ISHAM JALIL

250
SHARES
806
VIEWS

Susulan Speaker Dewan Rakyat  Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Bin Md Yusof mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sidang Dewan Rakyat khas akan dipanggil pada hari Isnin 2 Mac 2020 ini, Mahathir dan parti Bersatu dikatakan sebagai telah hilang punca dan terdesak.

Isham Jalil, bekas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri keenam Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dipetik berkata sedemikian melalui laman Facebook beliau sebentar tadi. 

Ini kerana mengikutnya, pengumuman Perdana Menteri Interim Mahathir semalam memanggil Sidang Khas Dewan untuk memilih Perdana Menteri adalah tidak mengikut peraturan.

Menurut Isham lagi, Tun Mahathir juga telah mendahului keputusan dan kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk memilih Perdana Menteri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Beliau juga berkata, jika selama ini Tun Mahathir selalu ‘pekena’ orang lain namun kali ini nampaknya beliau sendiri yang terkena dan ini merupakan ‘kifarah’ buat Tun Mahathir. 

Isham menyokong kepada pembubaran Parlimen agar mandat memilih pemimpin dapat diputuskan sendiri oleh rakyat dan bukannya dicatur oleh segelintir mereka yang ingin berkuasa.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts