MUHYIDDIN BAKAL PERDANA MENTERI KELAPAN?

1.2k
SHARES
1.9k
VIEWS

Kenyataan media yang di tandatangani bersama oleh Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Haji Musa dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Haji Hassan, bagi mewakili parti masing-masing dengan ini mengambil ketetapan mencadangkan serta menyokong Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Seramai 57 Ahli-ahli Parlimen UMNO dan PAS bersatu hati mencalonkan Muhyiddin bagi mewujudkan kerajaan baharu tanpa DAP yang selama ini menjarah harta negara terutamanya harta milik umat Islam.

Walaupun Muhyiddin sebelum ini bersama partinya Bersatu turut bersama kerajaan Pakatan Harapan yang telah meranapkan negara namun kedua-dua parti UMNO dan PAS yang berjiwa besar sanggup melupakan apa yang telah dilakukan demi matlamat lebih besar iaitu demi memartabatkan agama, bangsa dan tanahair.

Justeru semoga Tan Sri Muhyiddin dengan perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah akan dilantik sebagai Perdana Malaysia kelapan.

Rakyat sekaliannya menjunjung kasih dan taat apa jua titah perintah atas sebarang keputusan dan kebijaksanaan yang diambil oleh Seri Paduka Baginda bagi mengakhiri kemelut politik tanahair yang berlarutan sejak seminggu yang lepas. 

Daulat Tuanku. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts