DR. WEE SERU INDIA TELITI SEMULA DAGANGAN DUA HALA DEMI MANFAAT BERSAMA

154
SHARES
492
VIEWS

Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyeru kerajaan India agar meneliti kembali dagangan antara dua negara terutamanya melibatkan pengimportan minyak sawit dari Malaysia yang terjejas sebelum ini. 

Ini berikutan keengganan negara tersebut mengimport minyak negara berikutan kenyataan bekas Perdana Menteri ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad yang menimbulkan kemarahan New Delhi.

Tun Mahathir sebelum ini dipetik berkata pada 20 November 2019, ketika Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, mengkritik India sebagai tidak adil dalam isu meluluskan undang-undang berkaitan kerakyatan di negara tersebut.

Dr. Wee memberikan beberapa mesej penting yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan bagi memujuk kembali kerajaan India agar memulihkan dagangan antara dua negara.

Mesej beliau yang disiarkan di laman Facebook beliau dipetik berkata;

1. Situasi dalam negara kami telah berubah.

2. India perlu melihat semula keputusan menghentikan import minyak sawit dari Malaysia.

3. Sila laksanakan perdagangan secara bebas dan adil bagi manfaat kedua-dua negara.

4. Jika ada sebarang isu atau salah faham berhubung kepentingan kedua-dua negara, marilah ke meja rundingan dan berbincang secara terbuka.

Negara mengharapkan kerajaan India akan dapat memahami mesej berdiplomasi yang ingin disampaikan oleh Dr. Wee kerana melalui kerjasama  antara kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan India sebelum ini, saling hormat-menghormati dan tidak mencampuri urusan dalaman negara masing-masing.

Justeru adalah diharapkan hubungan yang baik sebelum ini di bawah Perdana Menteri keenam Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dapat disambung kembali terutamanya melibatkan dagangan industri utama seperti minyak sawit.

Hubungan yang baik sebelum ini dengan negara-negara lain juga wajar dikembalikan antaranya seperti negara China yang tersinggung dengan pembatalan pelbagai perjanjian serta Arab Saudi yang tersinggung dengan penutupan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman dan penarikan bantuan dalam pasukan tentera gabungan pelbagai negara di sana.

Selain itu negara Malaysia turut kerap mengeluarkan kenyataan kurang cerdik dan tindakan tidak wajar oleh beberapa menteri sebelum ini, yang menyebabkan kerajaan Malaysia dihindari oleh negara-negara lain.

Ini juga termasuk isu pendedahan rakaman perbualan Najib dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts