MELAKA BAKAL MENDAPAT KETUA MENTERI BAHARU

533
SHARES
3k
VIEWS

Kerajaan Negeri Melaka bakal mendapat Ketua Menteri baharu berikutan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri Adly Zahari untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus menjalankan Pilihan Raya Negeri.

Keputusan itu dibuat selepas Tun Mohd Khalil mendapati Adly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN di negeri itu.

Kenyataan tersebut dibuat menerusi satu kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang dikeluarkan sebentar tadi.

Sehubungan itu, berdasarkan Perkara 7 (4) Perlembagaan Negeri Melaka, Ketua Menteri Melaka perlu meletakkan jawatan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Selanjutnya, berdasarkan perkara 7 (2)(a) Perlembagaan Negeri turut menyatakan TYT akan melantik Ketua Menteri Melaka yang baharu dalam masa terdekat.

Sebagai rekod, Adly Zahari merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil dari parti Amanah yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Melaka.

Dalam perkembangan lain yang mengejutkan, ADUN Pengkalan Batu dari parti DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee turut menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional.

Dalam sidang media mengumumkan peralihan kuasa kerajaan Melaka hari ini, Norhizam yang terkenal dengan nama ‘YB Beliau’ berkata, beliau bertindak sedemikian adalah kerana demi orang Melayu.

Beliau turut mengaku menjadi ‘barua’, merujuk kepada khidmatnya dalam DAP. 

“Saya bertindak demi kepentingan orang Melayu yang mana saya sudah bekerja keras, mereka kata nak berkhidmat, tapi saya tengok saya jadi barua saja.”

Justeru dengan perkembangan ini adalah diharapkan negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak, Sabah, Negeri Sembilan akan bertukar kerajaan seperti Melaka dan Johor, demi agama, bangsa dan tanahair. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts