KETUA MENTERI MELAKA ENGGAN LEPASKAN JAWATAN

559
SHARES
2.7k
VIEWS

Di sebalik isu keengganan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari meletakkan jawatan susulan tidak lagi menerima sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pihak Muafakat Nasional mengadakan kenduri kesyukuran. 

Bertempat di kediaman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, majlis tersebut turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi PAS negeri Melaka.

Hari ini merupakan sejarah buat seluruh rakyat Melaka, kita berjaya membentuk kerajaan menerusi Muafakat Nasional. Selama setahun lapan bulan, akhirnya kita berjaya menumbangkan Pakatan Harapan di Melaka.

“Kita patut bersyukur dan memastikan negeri Melaka akan dipimpin dibawah Muafakat Nasional,” katanya ketika berucap. 

Sebelum ini Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob menolak cadangan bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri dijalankan.

Krisis politik di negeri itu terus dilihat tegang apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Katil itu mengadakan perhimpunan dihadapan Kompleks Seri Negeri.

Adly Zahari ketika memberikan ucapan, antara lain menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan sepertimana dituntut di dalam Perkara (2)(a) Perlembagaan Negeri Melaka yang meminta Ketua Menteri yang tidak mempunyai bilangan besar sokongan Adun untuk meletakkan jawatan.

Beliau bertegas untuk diadakan pilihan raya negeri dengan alasan “tidak akan sesekali mengkhianati mandat rakyat”, sedangkan undang-undang jelas menunjukkan beliau perlu meletakkan jawatan apabila kehilangan sokongan majoriti.

Beliau turut kecewa dan mengecam Datuk Norhizam Baktee yang pada sebelah petangnya menyokong Muafakat Nasional membentuk kerajaan di Melaka.

Ucapannya jelas menunjukkan kekecewaan dan ‘mengungkit’ kerana kononnya telah memberikan kedudukan yang selesa buat Norhizam. 

Jangan sebut.. rakyat boleh memikir kamu jadi barua atau tidak.”

“Kamu dahulu di bawah, diangkat oleh DAP, diletak satu tempat yang tinggi lebih daripada kawan-kawan yang lain.”

“Saya beri tempat lebih dari orang yang berjuang lebih lama dari kamu.”

“Saya beri jawatan Exco, kamu diberikan segala kelebihan lebih dari orang lain.”

Justeru rakyat boleh melihat dan berfikir dengan waras bagaimanakah tingkah laku pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan apabila ‘melatah’ tidak keruan kerana tidak boleh menerima hakikat akan kehilangan kuasa. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts