DENGAR SINI BAIK-BAIK: “JANGAN ULANGI KESILAPAN!”

410
SHARES
1.1k
VIEWS

Oleh Dr. Muhammad Izzuddin al-Azhari

1. Pakar strategik perang klasik Cina, Sun Tzu, pernah berkata: “The supreme art of war is to subdue the enemy without fighting” kerana “Supreme excellence consists of breaking the enemy’s resistance without fighting.”

Macam mana hendak buat, kena duduk bincang ‘lumat-lumat’ di antara semua parti berkaitan dalam Perikatan Nasional (PN) setelah berjaya mendapat perkenan DYMM SPB YDP Agong dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 berkuatkuasa 1 Mac 2020.

2. Pakatan Harapan (PH) sudah ditumbangkan dan mereka kini adalah pembangkang. Kedudukan MP sedang disusun. Nasib PN juga barangkali akan diuji pembangkang pada 18 Mei 2020 apabila Parlimen bersidang kelak nanti. Kini PN dan PH berada di fasa kedua perang kuasa. Ingat: All power corrupts; absolute power corrupts absolutely.

3. Pesanan Sun Tzu ketiga adalah berkaitan kaedah mengenali musuh: “If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles. If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat. If you know neither the enemy nor yourself, you will succumb in every battle.

Dan PN kena ingat PH sedang ‘berang gila’ dan akan berusaha sehabis keringat dengan NGO-NGO mereka merampas balik takhta kerajaan yang ditamatkan oleh Ketua PH sendiri. Jangan ikut gila pangkat dan kedudukan macam PH kehilangan gaji dan pelbagai elaun serta segala kemudahan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Kalau ikut macam mereka, tidak mustahil akan ranap macam mereka seawal mungkin sebelum PRU-15.

4. PH mengamalkan satu prinsip utama yang berjaya menambat hati rakyat dan memenangkan mereka dalam PRU-14 lalu, iaitu: “kita ketepikan perbezaan pendapat di kalangan semua parti, fokus dan tumpukan perhatian menumbangkan musuh utama PH, iaitu Barisan Nasional dan PAS dengan melaga-lagakan mereka. Yang lain belakang kira.” Dan strategi ampuh itu berjaya walaupun janji manifesto gagal dipenuhi.

5. Namun PH tidak bersedia kerana yang lain-lain adalah “belakang kira.” Lalu mereka gagal untuk lakukan dua perkara utama: (i) bagaimana hendak memerintah negara selepas berjaya (yang mereka tidak duga boleh menang) dan (ii) bagaimana bergerak dalam satu pasukan pelbagai parti bermacam hasrat, berbeza keutamaan dan berlainan matlamat. Ini dibuktikan dengan keruntuhan mereka pada 24 Februari 2020. PN kena perhatikan, perhalusi dan belajar bersungguh-sungguh. Jangan sekali-kali ulangi kesilapan yang sama.

6. Kegagalan Tentera Uhud pimpinan Nabi SAW bukan kerana tiada pemimpin yang baik atau bala tentera yang cekap lagi mencukupi. Di medan Badar 313 berjuang bersama-sama Rasulullah SAW berbanding hampir 1000 musuh menanti manakala sekitar 700 Tentera Muslimin di Uhud bertembung menentang 3000 kuffar.

7. Antara sebab utama kekalahan ialah saf Muslimin engkar dan terlupa pesan pemimpin. Mereka turun meninggalkan pos strategik di atas Bukit Uhud, yang sudah dipesan Nabi SAW agar “jangan sekali-kali tinggalkan ketumbukan pasukan pemanah di situ. Jika lihat Muslimin menang, jangan turun tinggalkan Bukit Uhud. Jika melihat Muslimin teruk dibelasah, teruskan membantu memanah tetapi jangan tinggalkan posisi di atas bukit itu.” Oleh itu, jangan sekali-kali ulangi kesilapan yang sama!

8. Ketika itulah Panglima hebat Khalid al-Walid mengambil posisi dengan pasukan pemanah dan menghujankan anak panah sehingga Nabi SAW sendiri tercedera dan gugurnya Sayyidina Hamzah RA. ditombak Wahsyi. Sejarah pahit itu memang kita pernah dengar dan tahu. Kenapa tidak benar-benar insaf dan belajar daripadanya?

9. Lihatlah kemusnahan Kaum Saba’ yang hebat, tamadun Mesir purba Firaun yang agung, Kerajaan Soddom yang dihancurkan oleh Allah kerana manusia lupa kepada Allah dan kembali tidak sujud pada-Nya. Manusia alpa lupa diri mengejar dunia yang mempesonakan. Ingat, cabaran ketika kaya jauh lebih hebat daripada ketika kita miskin.

10. Pemimpin Parti UMNO, PPBM, PAS, GPS, Warisan dan lain-lain dalam Blok PN mesti jangan lupa sejarah Uhud. Belajar daripada tamadun hebat yang dimusnahkan oleh kaum itu sendiri. Dan ingat pesan Sun Tzu seterusnya: “If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles. If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat. If you know neither the enemy nor yourself, you will succumb in every battle.” (Sun Tzu, The Art of War).

Jangan sesekali ulangi kesilapan yang sama!

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts