CORONA VIRUS COVID-19: TINDAKAN NEGARA-NEGARA LAIN

157
SHARES
505
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Seratus tahun yang lalu, pada tahun 1918 virus influenza telah membunuh 50-100 juta penduduk dunia, atau 3 peratus daripada populasi dunia pada ketika itu.

Ketika itu tidak ada vaksin untuk virus influenza dan penularan virus ini terhad dengan jaringan sistem pengangkutan dunia yang perlahan dan tidak efisien.

Kini kadar penularan virus adalah berpuluh kali lebih tinggi berbanding dahulu dengan sistem pengangkutan udara dan kapal terbang komersil memudahkan perjalanan (dan penularan virus) ke seluruh dunia dengan pantas.

……..

Jumaat lalu, Presiden Donald Trump mengisytiharkan darurat di seluruh Amerika Syarikat kerana penularan Coronavirus COVID-19.

Dr. Anthony Fauci, Pengarah Pencegahan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat berkata virus ini masih giat menular dan mereka akan berhadapan dengan keadaan terburuk kelak.

Di Amerika Syarikat, rakyat mengkritik kerajaan kerana kemungkinan angka sebenar jangkitan virus ini adalah jauh lebih tinggi berbanding yang diisytiharkan oleh kerajaan.

Ini kerana kemudahan yang terhad untuk membuat ujian kepada pesakit yang dijangkiti oleh itu angka jangkitan atas kertas tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Pesakit yang dijangkiti mempunyai peluang untuk sembuh yang lebih tinggi jika mendapat rawatan di peringkat awal dan penularan dapat dicegah dengan lebih baik oleh itu pengesanan awal adalah penting.

Di Korea Selatan, ujian Covid-19 pandu lalu (drive-thru) di jalan-jalan raya dibuat untuk memudahkan pengesanan awal.

10,000 ke 20,000 rakyat Korea diuji setiap hari untuk mengesan jangkitan.

5,000 ujian untuk setiap sejuta rakyat Korea Selatan telah dibuat berbanding 26 ujian untuk setiap sejuta rakyat di Amerika Syarikat.

Di China, alat pengesan suhu badan dipasang di kompleks-kompleks membeli belah dan tempat-tempat yang ramai orang.

Di Filipina, kes jangkitan telah melonjak ke 140 semalam. Kerajaan Filipina telah mengeluarkan perintah berkurung dari pukul 8 malam sehingga 5 pagi di bandaraya Manila berkuatkuasa malam ini.

Di Austria, Kerajaan Austria telah mengeluarkan perintah larangan berkumpul melebihi 5 orang berkuatkuasa hari ini.

……..

Dalam hal pandemik virus, adalah lebih baik jika kita ambil langkah terlebih dari ambil langkah cukup-cukup sahaja.

Jika ada orang mati, maka keadaan sudah terlambat.

Nyawa itu lebih penting dari wang ringgit.

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/675991016489759/?d=n

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts