KRITIK KERANA MAHU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERJAYA DILAKSANAKAN

368
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Ab Jalil Backer

Kita kritik bukan sebab nak jatuhkan kerajaan atau Perdana Menteri. Kita hendak arahan kawalan pergerakan 14 hari ini berjaya. Kalau gagal yang makan gaji dengan menteri tetap ada gaji, kami yang berniaga kecil-kecilan ini terseksa.

Kita hendak rakyat semua faham apa kehendak kerajaan. Malangnya pentaksub kerajaan ini sibuk pertahankan kerajaan. Mereka anggap semua rakyat faham macam kita yang celik politik ini faham.

Proses penerangan macam ini kena anggap semua orang tidak ada maklumat dan bagi arahan yang jelas. Baru kawalan boleh berkesan dan rakyat mudah faham.

Tidak sama pengetahuan pegawai menteri, orang yang rajin membaca dengan rakyat biasa yang hidup dalam pemikiran dan kelompok masing-masing. Yang menonton beritapun tidak sampai 2 juta orang dari 30 juta rakyat Malaysia.

Cuba dari awal kerajaan umum kita kena duduk di kediaman masing-masing, kecuali keluar beli keperluan, jangan balik kampung, bas antara negeri dan keretapi dibatalkan. Pelajar IPT mesti kekal di asrama kediaman, jangan pulang ke kampung.

Jadi mudah rakyat faham dan ikut. Ini tidak dibuat dengan jelas. Maka ramai yang balik kampung dan melancong.

Bukan mereka degil tetapi mereka tidak faham. Kerajaan gagal bagi kefahaman.

Malangnya, bila kita tegur mereka sibuk pertahankan boss mereka. [Lihat enam arahan PM di bawah, bahagian mana ada menunjukkan larangan perjalanan balik kampung atau antara negeri? Jadi jangan salahkan rakyat sahaja.]

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://m.facebook.com/photo.php?fbid=10222090420549907&id=1244194023&set=a.1384103522995&source=57

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts