MENGAPA KITA PERLU AMBIL SERIUS DAN BERTEGAS DALAM WABAK VIRUS COVID-19

395
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Setakat petang tadi, Malaysia mempunyai jumlah jangkitan Coronavirus COVID-19 sebanyak 900 kes iaitu yang keempat tertinggi di Asia selepas China (80,894), Iran (17,361), Korea Selatan (8,565), dan Jepun (924).

Namun demikian kadar jangkitan berbanding jumlah penduduk di Malaysia adalah 28 jangkitan setiap sejuta penduduk, iaitu empat kali ganda lebih tinggi berbanding Jepun di kadar 7 jangkitan setiap sejuta penduduknya, walaupun Jepun mempunyai kepadatan penduduk dan kadar urbanisasi (iaitu kadar penduduk yang tinggal di bandar) setinggi 92%, lebih tinggi dari Malaysia (78%).

Untuk perbandingan, Thailand dan Indonesia mempunyai kadar jangkitan sebanyak 3 jangkitan setiap sejuta rakyatnya.

Dan kadar jangkitan COVID-19 di Malaysia kini adalah sama dengan kadar jangkitan di China iaitu 28 jangkitan setiap sejuta rakyat pada empat minggu yang lalu, walaupun populasi China adalah 45 kali ganda daripada Malaysia dan wabak ini bermula di situ (ground zero) beberapa minggu lebih awal, dan walaupun China mempunyai kadar urbanisasi yang lebih rendah (61%) berbanding Malaysia.

Pada hari ini China mempunyai kadar jangkitan 56 orang setiap sejuta rakyatnya.

Dan kadar penularan jangkitan di Malaysia kini juga adalah cepat iaitu berganda sekali setiap 3 ke 4 hari, sama seperti di Itali, Iran, Korea Selatan dan China tiga minggu yang lalu, berbanding 7 ke 8 hari di kebanyakan negara-negara lain.

Tiga minggu lalu diberitakan bahawa kerajaan Itali dilihat seakan tidak serius dalam menyekat pergerakan rakyatnya.

Pada ketika itu iaitu pada 28 Februari 2020, jumlah kes jangkitan di Itali adalah 889 kes atau 15 jangkitan setiap sejuta rakyatnya.

Hari ini tiga minggu kemudian, Itali mempunyai jumlah kes sebanyak 40 kali ganda iaitu 35,713 kes, jumlah yang tertinggi di luar China dan hampir 3 ribu rakyatnya telah mati akibat virus ini.

Ini adalah pengajaran serius yang perlu kita ambil dari negara lain.

Adalah lebih baik kita bertindak tegas sekarang daripada menyesal di kemudian hari apabila semakin ramai rakyat yang mati.

Sebelum ini saya telah berulang kali berkata bahawa dalam kes wabak virus ini, adalah lebih baik kita mengambil langkah melebihi sepatutnya daripada mengambil langkah mencukupi sahaja.

Sebab kesan kepada keputusan dan tindakan kita dan kerajaan dalam hal ini menentukan hidup dan mati rakyat.

19 Mac 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/678275679594626/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts