BARU SEKARANG MEREKA SEDAR KEJAHATAN ULTRA KIASU TAIWAN

595
SHARES
1.9k
VIEWS

Oleh Dr. Riduan Tee

Hari ini, MCA dan DAP, memfailkan bantahan rasmi berhubung kenyataan yang dibuat seorang tetamu dalam rancangan bual bicara di Taiwan, berkenaan cara Malaysia menghadapi pandemik Covid-19.

Selama ini, berbondong-bondong kamu hantar lepasan UEC ke sana, kenapa? Baru sekarang sedar siapa ultra kiasu Taiwan. Kamu tahukah berapa ramai ultra kiasu telah dilahirkan di Malaysia, yang mendapat pendidikan dari ultra kiasu Taiwan? Kenapa baru sekarang MCA dan DAP membuat bantahan terbuka kepada Taiwan?

Saya ingin maklumkan, ramai juga, wakil rakyat ultra kiasu hari ini, kebanyakannya adalah pemegang UEC yang dihantar ke Taiwan untuk melanjutkan pelajaran di sana. Sebab itu, ultra kiasu ini begitu lantang mendesak kerajaan Malaysia supaya mengiktiraf UEC. Sekarang baru mereka nak berlakon? Sekarang, baru sedar pemikiran ultra kiasu Taiwan. Mereka ini sama sahaja seperti kamu (MCA dan DAP).

Untuk makluman pembaca, bantahan daripada MCA dan DAP telah dibuat ke atas seorang pengulas TV Taiwan, bernama Lee Zheng Hao dalam rancangan “Crucial Moment” yang disiarkan EBC News pada 24 Mac lalu. Dalam rancangan itu, Lee mengulas mengenai beberapa rakaman video yang didakwanya yang menunjukkan bagaimana Malaysia menangani wabak coronavirus. Ultra kiasu Taiwan ini, melalui maklumat yang salah, telah menghina cara umat Islam dan cara kerajaan Malaysia menangi wabak COVID-19.

Terutama, berkaitan ritual pengkebumian orang Islam apabila dia berkata orang yang meninggal dunia dikebumikan di tepi jalan pada waktu malam. Keadaan ini disebabkan oleh terlalu banyak mayat. Malaysia katanya tidak boleh melaksanakan upacara pengkebumian secara lazim. Lee juga mengkritik Malaysia kerana menurutnya, kakitangan kesihatan terpaksa memakai peralatan perlindungan diri (PPE) sementara, selain demonstrasi bagaimana mereka yang disyaki dijangkiti Covid-19 “ditangkap” di Indonesia. Kurang ajar betul ultra kiasu ini.

Pendapat pengulas TV ultra kiasu Taiwan itu begitu tersasar. Setakat ini, kematian yang berlaku, hanya melibatkan 34 mangsa, jumlah ini jauh lebih rendah berbanding beberapa negara lain. Jangan bandingkan dengan China dan Itali.

Ya, saya sedar, jangan kerana nila setitik, susu sebelanga menjadi rosak. Kerana seorang yang melakukan, kita labelkan keseluruhan Taiwan. Tetapi, ingin saya ingatkan, inilah kiblat UEC selama ini. Saudara semua boleh lihat betapa agresifnya produk-produk keluaran UEC-Taiwan ini.

Saya boleh tunjukkan wakil rakyat ultra kiasu ini, jika mahu. Saya harap selepas ini, kerajaan tidak membenarkan lagi menghantar pelajar-pelajar lulusan UEC ke Taiwan untuk mendapat Pendidikan di sana. Semakin ramai yang dihantar, semakin ramai ultra kiasu yang berfikiran komunis akan dilahirkan.

Hujah ini menguatkan lagi bantahan kita selama ini, bahawa UEC ini tidak sepatutnya dipertimbangkan lagi untuk diiktiraf. Tidak cukup dengan itu, tarik kembali UEC untuk kemasukkan ke IPG yang telah dibuat sejak 2010 lagi.

Artikel saya seterusnya akan menyusul, mengulas mengenai UEC, atas permintaan ramai.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts