TIADA KEPERLUAN UNTUK KERAJAAN LULUSKAN OPERASI KILANG ARAK SEMASA BENCANA COVID-19

355
SHARES
2.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA

1. Saya menyeru agar KPDNHEP lebih memfokuskan kelulusan permohonan kilang-kilang produk asas dan produk keperluan rakyat berbanding meluluskan permohonan operasi kilang arak.

2. Kami difahamkan, masih banyak kilang yang membuat permohonan kepada KPDNHEP tetapi masih lambat diproses malah dilengah-lengahkan tetapi kilang arak pula diluluskan. Tahukah KPDNHEP bahawa arak ini antara penyumbang kemalangan jalan raya tertinggi sebelum bencana Covid-19?

3. Pihak KPDNHEP sepatutnya mengutamakan kilang-kilang produk yang sesuai untuk rakyat Malaysia. Memang kilang arak tersebut telah mengikut syarat tetapi mana perginya pertimbangan kewarasan KSU KPDNHEP yang meluluskan permohonan ini?

4. Akhir sekali, kami sifatkan kelulusan ini adalah kelulusan yang memalukan malah merendahkan martabat sebuah kementerian kerajaan Malaysia yang sedang hadapi masalah bencana alam wabak Covid-19!

Kita Cakap, Kita Buat”

Cikgu Izzat Johari

Ketua Jawatankuasa Kempen BMF Malaysia

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Dipetik dari laman Facebook beliau di;

https://www.facebook.com/107127424044978/posts/206228040801582/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts