ISU OPERASI ARAK KETIKA PKP: PEMBELA TUNTUT PENJELASAN MENTERI KPDNHEP

103
SHARES
333
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)

7 April 2020

Menuntut penjelasan KPDNHEP mengenai kenyataan Timbalan Menteri dalam isu kilang arak di Harian Metro.

Rujuk: https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/563203/amp

1. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) merupakan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu yang memperjuangkan kedaulatan agama Islam di Malaysia.

2. Kami merujuk kepada laporan berita Harian Metro yang melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang bertarikh 6 April 2020 bertajuk ‘Kebenaran mengedar, bukan beroperasi’ yang dilihat mengelirukan rakyat dalam isu surat kebenaran operasi bagi sebuah kilang arak yang tular di media sosial.

3. Kenyataan Timbalan Menteri ini bercanggah dengan kenyataan kerajaan persekutuan yang mengumumkan pembatalan kebenaran operasi kilang tersebut sewaktu PKP sekaligus mengesahkan kesahihan surat tersebut yang secara jelas menyebut tentang pengoperasian.

4. Jika benar sekalipun kebenaran tersebut adalah bagi pengedaran stok arak dan bukannya pengoperasian kilang, ia masih salah kerana tidak termasuk dalam kategori barangan keperluan asas yang disenaraikan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) sewaktu PKP. Maka, tindakan ini juga tidak wajar.

5. PEMBELA menuntut penjelasan KPDNHEP terhadap keprihatinan yang dizahirkan pihaknya akan kerugian RM340 juta yang ditanggung oleh syarikat arak tersebut yang akhirnya menatijahkan surat kebenaran tersebut.

6. PEMBELA menuntut Menteri KPDNHEP sendiri untuk tampil dan mengeluarkan penjelasan rasmi dalam isu ini.

7. Perlu diingatkan bahawa isu arak bukanlah perkara yang kecil dan remeh kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mempunyai sensitiviti yang tinggi dalam isu ini.

Hj. Aminuddin Yahaya

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts