TIADA SIAPA KEBAL DI SISI UNDANG-UNDANG

372
SHARES
2.2k
VIEWS

Pada 20 April yang lalu, anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff telah muat naik gambar di mana kedua-dua mereka bertemu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri serta Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing. 

2. Gambar tersebut mendapat kritikkan netizan selain menuduhnya sebagai ‘kebal’ di sisi undang-undang. Susulan itu, PDRM telah membuka kertas siasatan dan memanggil kedua mereka untuk memberi keterangan lanjut pada 24 April.

3. Semalam Pengarah Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, bahawa Nurul Zahid serta suaminya akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat kerana melanggar PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

4. Ini merupakan suatu perkembangan yang baik sejak tertubuhnya kerajaan majoriti Melayu Islam pada awal tahun 2020. Kerajaan PN perlu sedar bahawa mereka perlu menunjukkan contoh yang baik di mana undang-undang dilaksanakan tanpa memilih bulu.

5. Tindakan PN ini bukan sahaja dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan tetapi juga bagi memastikan tanggungjawab kepimpinan yang di atas pundak mereka dilaksanakan dengan penuh amanah dan intergriti kerana mereka akan dipersoalkan di akhirat kelak.

6. Selama ini kita sering melihat konsep Rule of Law sering dijuarai oleh golongan-golongan liberal dan mereka sering membawa suatu stereotaip dan tanggapan bahawa kerajaan muslim adalah korup dan tidak mematuhi konsep Rule of Law. Kita perlu memahami bahawa konsep Rule of Law bukan milik eksklusif tamadun Barat kerana konsep ini sudah terdapat di dalam Islam melalui hadis Rasulullah SAW:

Wahai manusia, sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah jika ada orang yang mulia (memiliki kedudukan) di antara mereka yang mencuri, maka mereka biarkan (tidak dihukum), namun jika yang mencuri adalah orang yang lemah (rakyat biasa), maka mereka menegakkan hukum atas orang tersebut. Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya” (HR. Bukhari no.6788 dan Muslim no.1688).

7. Oleh itu kerajaan PN selaku kerajaan yang majoriti melayu Islam perlu menunjukkan komitmen terhadap konsep Rule of Law dan tidak membiarkan ia dijadikan modal oleh golongan liberal bagi menjatuhkan kerajaan yang sedia ada hari ini sama seperti ia dijadikan retorik politik bagi menjatuhkan kerajaan-kerajaan lain sebelum ini.

8. Sebelum ini dilaporkan pada bulan Mac yang lepas bahawa Malaysia berada pada kedudukan ke-47 daripada 128 negara di seluruh dunia dalam penilaian Indeks Kedaulatan Undang-Undang 2020 World Justice Project (WJP).

9. Malaysia telah meningkat empat kedudukan dalam kedudukan global. Skor Malaysia menempatkannya di tempat ke-7 daripada 15 negara di rantau Asia Timur dan Pasifik dan 12 daripada 42 dalam kelompok negara-negara berpendapatan menengah atas. Skor peraturan undang-undang keseluruhan Malaysia meningkat 5.1 peratus dalam indeks tahun ini. Walaupun terdapat peningkatan dari segi kedudukan, saya percaya kedudukan ini tentu menjadi lebih baik sekiranya kerajaan PH sebelum ini benar-benar mematuhi konsep Rule of Law.

10. Sebagai contoh pada tahun 2018 apabila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah membebaskan Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita Phang Li Koon daripada pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo dalam tahun 2015 di bawah nilai pasaran.

11. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut terkejut dengan keputusan mahkamah tersebut. SPRM menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah dibuat Pejabat Peguam Negara dan bukannya Suruhanjaya itu.

12. Oleh itu, MUAFAKAT berpandangan kerajaan PN pada hari ini tidak boleh membuat kesilapan yang sama seperti kerajaan sebelumnya dan harus seterusnya menunjukkan mereka boleh menjadi contoh kerajaan baru yang menjalankan keadilan untuk semua.

Haji Rashidi Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts