PKPB: KELONGGARAN BUKAN KEBEBASAN

167
SHARES
538
VIEWS

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

4 Mei 2020 | 11 Ramadhan 1441

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bersetuju dengan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ia adalah satu tindakan yang amat berhati-hati setelah menganalisis pandemic COVID-19 (nature of disease) ini melalui kes-kes yang berlaku di dalam negara ini dan dapatan dari WHO serta pengajaran dari Taiwan, Sweden dan beberapa negara lain yang berjaya mengawal penularan COVID-19.

2. Terlalu awal? Tujuan dan pelaksanaan PKPB perlu difahami oleh rakyat secara tepat dan komprehensif. Secara DASARNYA, keutamaan menjaga nyawa kekal menjadi pertimbangan tertinggi kerajaan. Namun, aspek kelangsungan hidup dan penjanaan ekonomi juga perlu direncana mengikut strategi yang sesuai dengan cabaran ketika ini.

3. Secara teknikalnya, hasil dari langkah-langkah proaktif dan pencegahan yang dilaksanakan bermula pada PKP Fasa 1 (18 Mac 2020), Menurut YBhg Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood (Penasihat Khas kepada YAB Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam), terkini, sistem Kesihatan Negara (healthcare system) berada di tahap bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dari pandemik COVID-19.

4. PKPB TIDAK BERMAKSUD KEBEBASAN MUTLAK. Ia terikat dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jauh lebih ketat dan terperinci. Ia adalah keperluan untuk menunaikan tuntutan sosio ekonomi rakyat dan negara, khususnya oleh pihak industri, perniagaan dan perkhidmatan.

5. Pelanggaran SOP PKPB? Tindakan undang-undang yang tiada lagi kompromi atau budi bicara.

6. Signifikan PKPB diberikan bermula 4 Mei iaitu 9 hari sebelum PKP Fasa 4 dijadualkan tamat adalah supaya pihak pemilik operasi memperhalusi kemampuan menyempurnakan norma baharu agar premis atau proses kerja berjalan dengan lancar dan memenuhi piawaian serta jaminan keselamatan menurut protokol ditetapkan pihak berkuasa.

7. Sebagai penambahbaikan, beberapa syor daripada DPPM:

a. Pemantauan dan kawalan turut diperanankan oleh pihak kesatuan sekerja di sektor terbabit. Malah, amat digalakkan sentiasa merujuk dan mengadakan rundingan sekerapnya dengan pihak berkuasa yang menyelia.

b. Perbincangan bersama antara pihak majikan dan pekerja berkenaan operasi syarikat untuk mencapai keputusan menang-menang dalam memenuhi matlamat dan sasaran. Occupational safety is a MUST!

c. Kerajaan menempatkan penguatkuasa dalam kalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), anggota polis, tentera atau RELA di premis yang beroperasi bagi memastikan SOP diikuti.

8. Akhirnya, sekiranya pihak industri, perniagaan dan perkhidmatan diberikan kelonggaran dengan SOP atas nama penjanaan ekonomi, maka, kami memohon agar masjid juga boleh diberikan kelonggaran dengan SOP yang spesifik atas nama pembinaan aqidah dan pembangunan ummah.

“Islam MemimpinPerpaduan”

“Demi Islam”

IR HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

KetuaPemuda

Dewan Pemuda PAS Malaysia

#PKPB
#COVID19
#DemiIslam
#PemudaPAS
#IslamMemimpinPerpaduan

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://m.facebook.com/IrKhairilNizam/posts/3258126357565068

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts