ISU LGBT: PENDEKATAN BERHEMAH

123
SHARES
398
VIEWS

Kebelakangan ini isu LGBT kembali hangat. Ini kerana golongan LGBT secara terbuka menyokong kerajaan Pakatan Harapan dan seolah-olah mereka akan diiktiraf selepas kemenangan Pakatan Harapan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Sejauh manakan kebenaran perkara ini namun hakikatnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam iaitu Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa bertegas beliau tidak mengiktiraf LGBT dan sebarang aktiviti yang dilakukan secara terbuka akan ditangkap.

Namun beliau akan mengambil pendekatan berhemah untuk berdialog dengan golongan LGBT yang akan beliau pertahankan hak mereka daripada didiskriminasikan namun jauh sekali daripada bersetuju dengan LGBT.

“Saya sebagai orang Islam tidak mungkin saya mengatakan LGBT bagus, tetapi itu bukan bermakna saya menindas dia. “Itu dua benda yang berbeza, saya rasa dalam Islam pun benda itu diakur (tidak betul).

“Saya tidak suka dia (pengamal LGBT) tetapi saya kena pertahankan hak dia. Ya kamu gay, saya tak suka akan perkara itu tetapi ia tidak betul jika kamu diberhentikan (kerja) kerana perkara itu,” katanya.

Pendekatan menemui dan berdialog dengan golongan LGBT ini sewajarnya disambut baik oleh semua pihak. Ini kerana asbab daripada kelembutan dan akhlak yang baik tanpa menghukum mereka ini mampu membuatkan mereka datang kepada agama dan meninggalkan apa yang diharamkan oleh Islam.

Jika pendekatan menghukum digunakan maka dikhuatiri golongan LGBT akan terus menjarakkan diri mereka daripada agama dan usaha mengajak mereka kepada agama akan menjadi semakin sukar. Malah dikhuatiri mereka akan mengecam institusi agama yang memandang sinis dan menghukum mereka.

Mendekati mereka dengan berhemah tidak bermakna mengiktiraf ataupun setuju dengan perbuatan mereka.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts