ISU WARGA ASING SEMAKIN MERUNCING, MAJLIS PEGUAM PERTAHAN PATI?

381
SHARES
2.2k
VIEWS

Apakah motif di sebalik gesaan Majlis Peguam agar kerajaan menghentikan segera operasi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)? Jika alasan mereka hanya kerana mereka tidak mempunyai saluran mendapatkan dokumen sah dengan sendiri, sebaliknya hanya bergantung kepada majikan, maka adakah wajar Jabatan Imigresen pula dipersalahkan kerana menjalankan tugas-tugas hakiki mereka dengan berkesan?

Sedangkan siapakah yang membawa mereka masuk jika bukan majikan ataupun ejen yang diupah oleh majikan?

Siapa Majlis Peguam dan apakah kuasa mereka sehingga berani menggesa Jabatan Imigresen menghentikan operasi mereka membanteras PATI yang semakin berleluasa di negara ini?

Sehinggakan kita rakyat Malaysia sendiri tidak boleh membezakan yang mana sah dan yang mana PATI akibat terlalu ramai mencari rezeki sehingga membanjiri negara yang akan memberi implikasi besar suatu hari kelak.

Adakah Majlis Peguam pernah berjalan di sekitar pejabat mereka sendiri ataupun berjalan-jalan di kawasan antara Masjid India dan Central Market? Siapakah peniaga di sana yang berleluasa membuka pelbagai kedai sehinggakan kita hendak mencari kedai milik Cina, Melayu ataupun India pasti tidak akan berjumpa melainkan akan bertemu dengan warga Bangladesh yang seperti langsung tidak takut berniaga di sana.

Adakah Majlis Peguam juga berani mempersoalkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang memberikan lesen kepada mereka?

Jika Majlis Peguam tidak sedar kebanjiran PATI di kawasan sekitar pejabat mereka sendiri apatah lagi hendak berkunjung ke Sungai Buloh, iaitu antara pusat kebanjiran pendatang asing, termasuk PATI. Malah mereka berniaga dan bekerja sesuka hati sehingga menjadi seperti mini Acheh, mini Bangladesh dan mini Pakistan.

Warga Acheh menguasai perniagaan runcit, warga Bangladesh menguasai perniagaan perabot terpakai, kedai aksesori dan mencuci kereta manakala warga Pakistan membuka kedai makan dan juga kedai karpet sepanjang jalan Sungai Buloh, Kuang, Paya Jaras dan sekitarnya. Mustahil tiada PATI di kalangan mereka. inilah yang perlu dibanteras oleh Jabatan Imigresen.

Maka di mana logiknya gesaan Majlis Peguam dibuat susulan operasi besar-besaran menerusi Ops Mega yang dijalankan terhadap PATI bermula 1 Julai lalu? Melainkan mereka ada agenda tersembunyi melindungi majikan yang menggajikan PATI yang sepatutnya dibawa ke muka pengadilan.

Seperti ulasan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, walaupun negara masih memerlukan pekerja asing, sebaliknya para majikan perlu mematuhi undang-undang negara.

Beliau mempertahankan tindakannya memburu PATI di sam­ping menegaskan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak demi memastikan kedaulatan undang-undang dan keselamatan tanah air dipertahankan.

Majlis Peguam wajar menyokong dan mempertahankan Jabatan Imigresen bukannya menyarankan mereka menghentikan segera operasi dengan hujah dangkal dan seperti melindungi PATI dan majikan yang terlibat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts