PUTRA DESAK PERDANA MENTERI TOLAK TUNTUTAN HUA ZHONG UNTUK BAJET 2021

584
SHARES
1.9k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PARTI BUMIPUTERA PERKASA MALAYSIA (PUTRA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1. PUTRA merujuk kepada tuntutan-tuntutan Huazhong kepada YAB Perdana Menteri untuk dimasukkan dalam bajet 2021.

Rujuk; https://gemilangdaily.com/huazong-dedah-senarai-tuntutan-sewaktu-pertemuan-dengan-muhyiddin/

2. Secara tepatnya, PUTRA merujuk kepada tuntutan Huazhong berkaitan permohonan peruntukan Bajet 2021 untuk Sekolah-sekolah jenis Kebangsaan Cina, Sekolah-sekolah Persendirian Cina dan Sekolah-sekolah Menengah Cina.

3. PUTRA menegaskan bahawa tuntutan Huazhong ini adalah melampaui batas kerana Sekolah Vernakular ini tidak wujud dalam Perlembagaan dan saman berkaitan Sekolah Vernakular ini SEDANG DALAM PROSES PENGURUSAN KES DI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR

Rujuk;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3276799909212728&id=100006482544558

4. PUTRA menegaskan bahawa Sekolah Menengah Vernakular, Sekolah Swasta Cina dan Sekolah Persendirian Cina kesemuanya langsung tidak layak menerima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan kerana tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan memberikan apa-apa bantuan kewangan daripada duit rakyat untuk menyelenggara sekolah-sekolah berkenaan.

5. Sekolah-sekolah berkenaan kebiasaannya telah mempunyai bangunan sendiri yang tersergam indah dengan semua kemudahan selesa dan mewah hasil sumbangan usahawan kaya dari kaum tersebut yang telah banyak menerima projek kerja daripada kerajaan.

6. Jadi adalah tidak wajar untuk sekolah-sekolah mewah ini dibantu lagi berbanding sekolah-sekolah agama Islam yang dijamin kewujudan dan pembiayaan kewangannya oleh kerajaan di bawah Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.

7. PUTRA juga menegaskan tindakan Kerajaan PH sebelum ini yang telah memperuntukkan RM12 juta dan RM15 juta dalam Belanjawan 2019 dan Belanjawan 2020, masing-masing, untuk semua sekolah Cina bebas di negara ini telah melakukan salah guna kuasa kerana membelanjakan wang rakyat secara tidak sah kepada institusi yang tidak berhak di sisi Perlembagaan untuk menerima apa-apa bantuan.

8. Jika Kerajaan PN ini mahu ditolak rakyat sepertimana Kerajaan PH terdahulu, maka bolehlah diteruskan kesilapan yang sama.

9. PUTRA juga mendesak YAB Perdana Menteri agar menolak permintaan pembiayaan Muzium Cina Malaysia kerana alasan untuk menggalakkan industri pelancongan itu hanya alasan untuk membawa masuk lebih ramai pelancong China ke Malaysia yang cenderung untuk tinggal lebih masa di Malaysia dan kebudayaan Cina ini tidak menggalakkan perpaduan nasional di Malaysia.

10. PUTRA pada masa yang sama mendesak kerajaan untuk mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan memajukan 10 tuntutan orang Melayu selaras dengan 10 Sumpah Keramat PUTRA yang dimasyhurkan pada 28 September 2019.

PUTRA PERKASA NEGARA

#RasisBerpelembagaan

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Naib Presiden

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts