MELAKA LULUSKAN PEMBENTANGAN KERTAS PUTIH PELAKSANAAN DNA MYKAD

145
SHARES
467
VIEWS

Cadangan mengusulkan pembentangan kertas putih di Parlimen berhubung pelaksanaan pengesanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) buat pemilik dokumen pengenalan diri (MyKad) telah diluluskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini.

Usul yang dicadangkan Datuk Zaidi Attan (BN-Serkam) telah disokong Datuk Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) dan diluluskan menerusi 17 undian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersetuju dengan cadangan terbabit.

Zaidi berkata, usul berkenaan perlu dibentangkan di Parlimen berhubung penguatkuasaan pengesanan DNA oleh pemilik MyKad sebagai tindakan segera kerajaan dalam menangani isu ancaman keselamatan pendaftaran negara.

Ujarnya, perkara tersebut penting disebabkan isu keselamatan seperti penipuan dan pemalsuan kad pengenalan palsu berleluasa di negara ini khususnya membabitkan warga asing.

“Dengan cara ini kita mampu mengenalpasti DNA setiap pemilik kad pengenalan malah kerajaan perlu sediakan satu instrumen baharu mengesan DNA di setiap pejabat penguatkuasa pendaftaran negara ini.

“Malah, kita mampu mengenalpasti jumlah setiap penduduk, sekali gus mampu mengasingkan mereka yang melakukan penipuan termasuk warga asing.

“Ini perlu dilaksanakan sebagai salah satu elemen baru dalam evolusi penggunaan MyKad dan ia perlu dimasukkan dalam kaedah ini agar menjadi proses yang digunakan dalam peraturan-peraturan pendaftaran negara.

“Ia mungkin perlu dilaksanakan dengan membentuk sebuah peranti baharu dengan lebih mudah supaya dapat membuktikan asal-usul pemegang kad pengenalan adalah warganegara Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung usul tersebut pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri, hari ini.

Dipetik dari laman web “Melaka Hari Ini (MHI)” di pautan; https://www.melakahariini.my/melaka-luluskan-pembentangan-kertas-putih-pelaksanaan-dna-mykad/

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts