Tony Pua, yang banyak bersekongkol dan ‘bermaharajalela’ bersama Lim Guan Eng di Kementerian Kewangan selama 22 bulan, kini mempertikai saksi utama iaitu pegawai kanan Consortium Zenith yang dianugerahkan projek mega bagi membina terowong dasar laut bernilai berbilion ringgit.
Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dikatakan sebagai “tidak boleh dipercayai” oleh Tony Pua kerana sebelum ini beliau memuji kerajaan Pulau Pinang dan Guan Eng sebagai Ketua Menterinya. Rujuk; https://www.themalaysianinsight.com/s/265766
Kenyataan Tony Pua ini sebenarnya hanya menjerat diri Guan Eng sendiri tanpa beliau sedari, di mana secara tidak langsung Tony Pua mengatakan bahawa Guan Eng telah memberi sebuah projek mega bernilai berbilion ringgit untuk dilaksanakan kepada “seorang individu yang tidak boleh dipercayai”.
Sama ada Guan Eng sangat tidak cerdik dan membuat penilaian salah bersama kerajaan Pulau Pinang (yang tidak mungkin berlaku) ataupun sebenarnya mereka ‘bengang’ dan kini Zarul sudah tidak boleh dipercayai lagi.
Ini kerana Zarul kini ‘u-turn’ membantu SPRM menjadi saksi pendakwa yang boleh menyabitkan kesalahan rasuah Guan Eng kelak yang amat ditakuti oleh DAP.
Ini juga memberi gambaran jelas mengenai apa yang berlaku sebenarnya dalam penganugerahan projek mega “terowong halimunan” Guan Eng.
Terjawab sudah kenapa ia dilakukan secara tidak telus, kenapa tanpa tender terbuka seperti didakwa dan kononnya tanpa satu senpun dikeluarkan.
Rupa-rupanya ia diberi kepada “individu yang tidak boleh dipercayai” kerana kini individu yang sama yang mendedahkan Guan Eng meminta rasuah 10 peratus – iaitu sekitar RM634 juta atau RM0.634 bilion daripada nilai keseluruhan projek RM6.34 bilion.
Jumlah sebegini besar boleh diberi kepada seseorang yang tidak boleh dipercayai? – jelas kenyataan yang hanya menjerat Guan Eng dan DAP yang berlagak ‘suci’ selama ini.