AKAR UMBI MAHU UMNO TEGAS DENGAN PENDIRIAN, TIDAK BOLEH AMPU ATAU TAKUT DENGAN MANA-MANA PARTI

338
SHARES
2k
VIEWS

Saya percaya Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda bukan mahu lawan Zahid yang kata DAP tidak perlu mohon maaf pada UMNO.

Saya percaya kedua-dua individu ini sedar dengan sentimen akar umbi serta penyokong UMNO yang faham bahawa BN boleh kerjasama dengan PH dalam kerajaan tetapi UMNO-BN perlu jaga jati diri serta maruah parti dan teruskan perjuangan parti dengan tegasnya.

Mereka mahu UMNO tegas dengan pendirian dan perjuangan parti termasuk mendapatkan keadilan bagi Najib. Mereka tidak mahu UMNO mengampu atau takut pada mana-mana parti terutamanya DAP.

Presiden memang telah tersilap semalam setelah beliau ‘tersangat laju’ mempertahankan DAP dengan berkata DAP tidak perlu minta maaf sebab UMNO sudah lama lupa sengketa dengan mereka.

Akar umbipun jawab Presiden bahawa jangan sampai mereka turut lupa undi UMNO. Presiden perlu perbaiki kesilapan ini dalam taklimatnya.

Beliau perlu beritahu pada ahli-ahli bahawa parti tidak lupa perjuangan mereka dan UMNO tidak takut pada mana-mana parti lain.

Zahid perlu sebut nama Najib dan beritahu bahawa UMNO akan terus tegas dan akan mendesak kerajaan dengan lebih kuat untuk mendapat keadilan bagi Bossku.

Lim Sian See 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts