NETIZEN ‘TERINGIN’ LIHAT JOCELYN CHIA BUAT LAWAK MENGENAI TRAGEDI 9/11

352
SHARES
2.1k
VIEWS

Bermula dengan kecaman netizen di pelbagai laman sosial, daripada YouTube, Tiktok, Facebook, Twitter dan lain-lain termasuk Reddit, kini Jocelyn Chia dicabar netizen untuk membuat lawak mengenai tragedi serangan 9/11 yang berlaku di bandar New York.

Mengaku sebagai penduduk negara maju seperti Singapura, Jocelyn yang dipercayai telah memperoleh kerakyatan Amerika Syarikat, kini amat ditunggu netizen yang ‘teringin’ melihat beliau membuat lawak mengenai tragedi serangan tersebut.

Netizen ingin melihat sama ada Jocelyn berani ataupun tidak kerana sebelum ini mereka geram dan sakit hati apabila beliau menjadikan tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 sebagai bahan jenakanya yang hambar.

Beliau dilihat seperti menyimpan dendam kepada rakyat Malaysia dan negara ini sehingga lawak beliau sendiri dikritik oleh audiennya kerana biadap tetapi tidak dipedulikan.

Beliau berterusan membuat lawak yang mengundang kecaman termasuk mengatakan Malaysia tiada internet, malah menuduh pula Twitter menyekat akaunnya kerana rakyat Malaysia membuat laporan terhadapnya terkait isu tersebut.

Realitinya beliau dilapor kerana biadap membuat lawak dan menghina tragedi MH370 yang mengorbankan semua penumpangnya dan anak kapalnya. Lebih malang buat Jocelyn, kini rakyat Singapura sendiri mengecamnya sebagai biadap dan memalukan negara.

Jocelyn bagaimanapun tetap mempertahan lawak biadapnya, kononnya audiens terlalu serius dan tidak memahami lawak yang beliau ingin sampaikan. Masalahnya, jika hanya beliau yang faham dan orang lain mengecamnya, tidak mungkin masalah tidak faham lawak boleh dijadikan sebagai alasan. 

Apapun, kita tunggu sama ada masih ada lagikah studio atau comedy house yang mahu menjemput beliau membuat persembahan. Jika tiada, tentu netizen kempunan mahu melihat tragedi 9/11 pula “dilawak-jenakakan” Jocelyn. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts