Oleh Mohd Nor Izzat Johari
Alhamdulillah.
Tahniah dan syabas kepada parti paling RASIS dalam Malaysia kerana telah berjaya membuktikan Kerajaan Malaysia yang ditadbir satu kolaborasi parti majoriti Melayu Islam tetapi GAGAL dan PENAKUT mempertahankan kedaulatan negara seperti:
1. GAGAL sekat pengiktirafan UEC
2. GAGAL selesaikan isu PENDATANG HARAM
3. GAGAL menjaga Bahasa Kebangsaan
4. GAGAL menjaga Bendera Malaysia
5. GAGAL menjaga kebajikan umat Islam
6. GAGAL menjaga hutan-hutan negara
7. GAGAL menjaga tanah-tanah rezab Melayu
8. GAGAL selesaikan isu arwah Adib
9. GAGAL selesaikan isu arak
Itu belum isu RUU 355 dan HUDUD.
Noktah.
Dahulu, pernah ingat masa 22 bulan, kata nak tunggu ada kuasa baru boleh buat sesuatu. Nah! Sekarang dah ada kuasapun masih macam lemah lembut atau memang lemah?
Semua perkara di atas adalah isu-isu BUKAN POLITIK tetapi isu inilah akan digunakan dalam manifesto RETORIK semua parti yang berasaskan Melayu Islam.
Jelas?
Bersempena awal Muharam, marilah kita mencari pemimpin alternatif dan bukannya pemimpin KITAR SEMULA atau pemimpin ‘CELUP TEPUNG’.
(Penulis merupakan Naib Pengerusi PEMBELA dan Ketua Jawatankuasa Kempen BMF Malaysia, beliau turut dikenali sebagai Cikgu Izzat Johari)