ADAKAH GERAKAN ‘TROJAN HORSE’ UNTUK PRU-15 SUDAH DIMULAKAN?

365
SHARES
1.2k
VIEWS

Desas-desus kemasukan Ahli Parlimen Parti Amanah Negara atau Amanah ke Perikatan Nasional kuat kedengaran beberapa hari kebelakangan termasuk ada yang membuat syarat akan kekal bertanding di kerusi yang dimenanginya sebelum ini atas tiket Amanah. Jelas belum ada apa-apa pengesahan kemasukan ataupun penerimaan masuk tetapi sudah ‘demand‘ macam-macam.

Minta maaf dan taubat nasuha atas ‘dosa’ menjadi ‘barua DAP’ belumpun dibuat tetapi tanda-tanda akan ‘besar kepala’ sudahpun dizahirkan.

Apatah lagi kelak mereka akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional, belum tentu mereka tidak akan melompat buat kali kedua, yang tentu akan lebih memalukan kelak.

Sebegitu juga kegusaran sesetengah pihak jika Bersatu menang kerusi Parlimen atau DUN kelak, belum pasti mereka tidak akan melompat ke parti Pejuang yang diasaskan oleh Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz – yang boleh menumbangkan gabungan kerajaan Muafakat Nasional-Perikatan Nasional. 

Bersatu tidak boleh menidakkan kekuatan tersendiri Pejuang yang dibarisi oleh ramai bekas pemimpin-pemimpin dan Ahli Parlimen Bersatu yang menyebabkan banyak ahli akar umbinya keluar menyertai parti tersebut sebaik sahaja ia diisytiharkan, termasuk menyebabkan beberapa cawangan dibubarkan.

Apa yang menakutkan, baki yang ada tidak keluar menyertai Pejuang ketika ini tetapi hanya akan keluar selepas menang PRU-15 dan tujuan kekal dalam Bersatu hanya untuk melakukan sabotaj dalaman.

Gabungan Muafakat Nasional-Perikatan Nasional perlu membuat tapisan halus dalam memilih calon dan berhati-hati agar tidak tersalah agih kerusi kepada ‘Trojan Horse‘. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts