ISU 101 PROJEK ‘DIRECT NEGO’: KERAJAAN WAJAR SIASAT ELEMEN RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA

596
SHARES
3.5k
VIEWS

Pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM perlu siasat elemen rasuah dan salah guna kuasa dalam pemberian 101 kontrak rundingan terus berjumlah RM6.6 billion oleh Kerajaan PH.

Sememangnya pemberian kontrak secara rundingan terus dibolehkan dalam proses perolehan kerajaan.

Namun demikian, perkara ini boleh disalah guna dengan pemberian kontrak-kontrak tersebut kepada kroni-kroni, saudara-mara atau pihak yang berkepentingan, di mana besar kemungkinan ada unsur-unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Kerajaan wajar mengumumkan secara terbuka dan telus senarai syarikat-syarikat yang menerima kontrak secara rundingan terus ini kerana ia melibatkan jumlah wang rakyat yang besar.

Kerajaan PH yang dahulu berjanji sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 untuk kononnya menganugerahkan semua kontrak-kontrak kerajaan secara tender terbuka, ternyata secara senyap-senyap mengabaikan janji-janji mereka lagi.

ISHAM JALIL

Ketua Penerangan BN Selangor

26 Ogos 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/792710848151108/?extid=uX9Yg6pWpo2TOEtZ&d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts