SYED SADDIQ TOLAK ‘POLITIK TUA’ – BAHAGIAN 3 (AKHIR)

626
SHARES
3.7k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Sekarang ini menjadi trend orang politik berlumba-lumba menubuh parti baru. Syed Saddiq tidak terkecuali.

Selepas PRU ke-14 semakin sukar membentuk gabungan parti politik dengan majoriti 2/3. Ia terpaksa berkongsi kuasa hatta dengan parti kecil.

Parti dengan 1 kerusi sahajapun boleh menjadi parti yang ada kuasa tawar-menawar yang tinggi.

Tidak mustahil parti dengan 1 kerusi boleh jadi Perdana Menteri atau Menteri Besar.

Itu yang berlaku di Perak. Walaupun 1 kerusi, Peja boleh jadi MB Perak. Walaupun menang 13 kerusi, Mahathir jadi Perdana Menteri ke-7.

Tan Sri Musa Aman, walaupun berseorangan, hampir-hampir menjadi Ketua Menteri Sabah yang baru.

Akhirnya penubuhan parti baru bukan kerana agenda perjuangan. Tetapi menjadi sandaran kepada ketuanya untuk terus relevan.

Ia menjadi senjata kepada ketuanya untuk mendapat tempat dan menjadi Menteri.

Adakah itu tujuan Syed Saddiq tubuh parti baru?

Kalau benar, Syed Saddiq tidak akan mampu menghapuskan ‘politik tua’.

Rujuk artikel “SYED SADDIQ TOLAK ‘POLITIK TUA’ – BAHAGIAN 1” di pautan;

https://editormalaysia.com/16683/

Rujuk artikel “SYED SADDIQ TOLAK ‘POLITIK TUA’ – BAHAGIAN 2” di pautan;

https://editormalaysia.com/16689/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts