DASAR KERAJAAN NEGERI PUNCA RUMAH DI SELANGOR KERAP DIROBOH – ISHAM JALIL

256
SHARES
826
VIEWS

Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil menjelaskan sebab sebenar kenapa rumah-rumah rakyat di Selangor kerap diroboh oleh kerajaan negeri Selangor. 

Menurut beliau perobohan ini merupakan isu sistemik yang disebabkan oleh dasar Kerajaan PKR Negeri Selangor sejak 2008.

Apabila rakyat tidak mampu beli rumah kerana harga rumah terlalu mahal dan bilangan rumah mampu milik sangat sedikit dan pembinaannya diabaikan, pembinaan rumah atas tanah rizab atau rumah setinggan akan lebih berleluasa dan terus berlaku.” 

Rumah-rumah ini lantas diroboh oleh kerajaan negeri.” 

Namun menurut Isham juga, hal ini bukanlah kesemuanya kesalahan rakyat.

Ini kerana harga rumah di Selangor melambung tinggi sejak tahun 2008 apabila kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menaikkan cukai-cukai berkaitan perumahan dan pembangunan sehingga lebih 300 peratus. 

Selain itu masalah yang timbul juga kerana projek-projek perumahan kos tinggi dan mewah lebih diutamakan berbanding perumahan mampu milik.

Malah kurang daripada 3.5 peratus rumah mampu milik (Selangorku) yang dilaksana tidak seperti yang dijanjikan – iaitu tidak sampai 5,000 buah rumah yang disiapkan berbanding 150,000 buah yang dijanjikan. 

Sebelum PRU-12 pada tahun 2008, PKR telah menjanjikan sebanyak 150,000 rumah mampu milik untuk rakyat Selangor.” 

Namun selepas mereka menang pilihan raya dan mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri pada tahun 2008, sehingga tahun 2018 sebelum PRU-14 hanya kurang 5,000 rumah mampu milik (Selangorku) yang telah disiapkan” – seperti yang dijelaskan oleh Isham di laman Facebook-nya.

Ikuti video penuh ucapan beliau di pautan;

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/799645560790970/

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts