MUSTAHIL RIBUAN PENGUNDI GUNA TELEFON BIMBIT TANPA DAPAT DIKESAN SPR – PUAD

1.1k
SHARES
6.4k
VIEWS

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempertikai dakwaan Tun Mahathir bahawa pengundi PRK Slim telah disogok dengan wang RM250 – yang menyebabkan calon Pejuangnya kalah teruk.

Mahathir dakwa pengundi PRK Slim telah disogok dengan duit semasa naik bas dan van ke pusat mengundi.” 

Sebab itu Mahathir terkejut calon Pejuang kalah teruk. Dia ramal calonnya akan dapat 4000 undi. Tapi cuma dapat 2115 undi sahaja.” 

Menurut Mahathir, wang sogokan tersebut diberi dua kali iaitu RM100 sebagai bayaran pertama dan bayaran kedua sebanyak RM150 dibuat selepas pengundi tersebut menunjukkan bukti beliau telah mengundi Barisan Nasional.

Puad mempertikai bagaimana cara pengundi tersebut menunjukkan ‘bukti’ bahawa beliau telah mengundi Barisan Nasional bagi mendapatkan baki RM150 sogokan tersebut, melainkan menggunakan telefon bimbit.

Bayaran pertama RM100. Setelah tunjuk gambar dia undi BN, baru dapat baki RM150.” 

Sudah tentu gambar itu diambil menggunakan handphone.” 

Bolehkah handphone digunakan untuk mengambil gambar semasa mengundi? Seorang dua mungkin terlepas. Tapi mustahil 1000 orang boleh terlepas.” 

Belum lagi 13,060 orang yang mengundi calon BN. Takkan petugas SPR tak nampak.” 

Persoalannya tidak mungkin petugas SPR tidak dapat mengesan langsung jika terdapat ribuan pengundi yang menggunakan telefon bimbit walaupun secara sorok-sorok (bagi mengambil gambar kertas undian sebagai bukti beliau telah memangkah calon BN) – kerana belasan ribu orang telah mengundi Barisan Nasional ketika PRK Slim dilangsungkan.

Maka tepat sekali seperti kata-kata Puad, “Apalah Mahathir. Makin lama makin ke laut kelentongnya.” 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts