ISU PEMBUNUHAN ARWAH ADIB, APA PENDIRIAN RASMI KERAJAAN?

446
SHARES
2.6k
VIEWS

1. Apa yang masih menjadi persoalan hari ini ialah apa pendirian rasmi dan sebenar kerajaan mengenai isu arwah Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia pada 17 Disember 2018 lepas?

2. Jika mengikut Mahkamah Koroner, punca kematian Adib adalah akibat daripada dipukul oleh dua orang atau lebih, bukan akibat daripada kemalangan.

3. Tetapi apa yang menimbulkan kemusykilan, jika pihak kerajaan berpegang dengan dapatan dan fakta Mahkamah Koroner ini, kenapa pembunuhnya masih belum dibawa ke muka pengadilan?

4. Sekiranya Kementerian Dalam Negeri dan menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin mempunyai pandangan lain, iaitu “kematian Muhammad Adib bukan kerana dipukul tetapi akibat kemalangan”, maka beliau dan kerajaan perlu maklumkan pendirian secara rasmi dan terbuka, agar keadilan terhadap keluarga arwah Adib terbela dan juga tidak membuang masa semua pihak.

5. Seluruh negara masih menunggu apa penjelasan dan tindakan kerajaan terutamanya KDN, apatah lagi kenyataan terkini pada 4 Ogos lepas mengenai cadangan membuka semula inkues dan mendakwa 12 suspek kes bunuh Adib – masih belum diketahui.

Rujuk pautan www.bharian.com.my/node/717914/amp

6. Perbuatan melengah-lengahkan perkara ini hanya menidakkan keadilan, bahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pernah berkata beliau dipecat dari kerajaan kerana ingin “pertahan kebenaran”.

7. Maka Muhyiddin dan Hamzah, pertahankanlah kebenaran, jangan apabila terkena diri sendiri, kebenaran dipertahan tetapi apabila penjawat awam terbunuh, tidak pula dipertahankan.

8. Jangan pula isu Adib dipolitikkan demi untuk secangkir kuasa, apabila tiba masa pilihan raya, beriya canang akan siasat dan beri keadilan, tetapi apabila sudah berkuasa, semua pihak buat-buat lupa.

9. Saranan buat mereka yang pernah bertemu Hamzah dan bertanyakan mengenai isu Adib ini, usahlah gentar dedahkan apa yang berlaku.

10. Jadilah ‘pembela’ yang sebenarnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts