SIAPA ‘MENJIJIKKAN’, HISHAMMUDDIN ATAU CHIN TONG?

2.6k
SHARES
8.4k
VIEWS

1. Isu kedaulatan Sabah timbul kembali apabila dihangatkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal yang telah membuka ruang kepada kerajaan Filipina menuntut kembali Sabah, sehingga membuka kembali Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) yang telah 30 tahun ditutup.

2. Isu tersebut mendapat reaksi segera daripada Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak sesekali akan dikompromi dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga telah mengeluarkan kenyataan kepada Perhimpunan Agung PBB pada 14 September 1963 mengenai rakyat Sabah memilih menyertai Malaysia. 

3. Sejak itu, PBB dan masyarakat antarabangsa mengiktiraf Sabah sebagai “an inseperable, unalienable and integral part of Malaysia” dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia secara rasmi pada 16 September 1963. 

4. Apa yang lebih memeranjatkan, tindakan Hishammuddin membela Sabah diselar oleh bekas Timbalan Menteri Pertahanan DAP iaitu Liew Chin Tong yang mengatakan tindakan Hishammuddin tersebut sebagai ‘menjijikkan’, kononnya kerana sebagai modal politik ketika menjelangnya PRN Sabah walaupun sebenarnya ia dicetuskan oleh Shafie. 

5. Sepatutnya Chin Tong menunjukkan solidariti terhadap rakyat Sabah apabila Filipina menunjukkan reaksi keras dan bertentangan dengan ketetapan PBB malah membelakangkan semangat SETIAKAWAN sesama rakan serantau.

6. Atau setidak-tidaknya Chin Tong boleh mendiamkan diri diri sahaja dan tidak menjadikan kedaulatan Sabah dan rakyatnya sebagai modal politik.

7. Di mana ketika ini dan tidak kira apapun idealogi politiknya, semua wajar bersatu menentang dan memprotes hasrat Filipina menuntut kembali Sabah. 

8. Chin Tong dan DAP juga wajar meminta maaf kepada seluruh rakyat Sabah dan mencari modal politik lain yang lebih bermaruah, bukannya menggadaikan kepentingan rakyat Sabah apabila Pakatan Harapan mula tersepit dan ditolak rakyat.

9. Sikap melampau ini boleh dikategorikan sebagai “musuh dalam selimut” dan melakukan pengkhianatan kepada negara – yang perlu ditangkap dan disiasat dengan segera.

10. Justeru, jika perbuatan Hishamuddin membela kedaulatan Sabah diselar sebagai menjijikkan oleh Chin Tong, maka perbuatan Chin Tong itulah sebenarnya yang menjijikkan. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts