MPPK KESAL KOLEJ KEDIAMAN HALAU PELAJAR PULANG

114
SHARES
369
VIEWS

Berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh kolej-kolej kediaman UiTM yang telah tular di media sosial yang meminta pelajar yang sudah berdaftar masuk ke kolej kediaman untuk segera pulang adalah amat tidak wajar kerana ia seolah-olah menghalau para pelajar yang telah berhabis wang untuk kembali ke kampus.

Sungguhpun kenyataan penafian telah dikeluarkan oleh pengurusan tertinggi UiTM, namun tindakan kolej-kolej kediaman yang mendahului arahan daripada pengurusan tertinggi UiTM adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyusahkan pelajar.

Oleh itu, MPPK menyuarakan rasa kesal dan menganggap tindakan ini bersifat separa matang kerana ia menimbulkan kegelisahan daripada para pelajar terutamanya yang berasal jauh dari kampus masing-masing serta golongan kurang berkemampuan.

Bahkan arahan tersebut jelas sekali bertentangan dengan arahan terbaharu oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang jelas sekali menyatakan bahawa pihak IPT perlu mengekalkan serta menjaga kebajikan pelajar yang telah mendaftar masuk dan sedia ada di kampus.

Oleh sebab itu, keadaan yang sedia rumit ini menjadi semakin keruh dan memberi gambaran buruk kepada orang ramai. MPPK ingin mengingatkan bahawa para pelajar tidak sewajarnya diperlakukan seperti ini kerana pelajar adalah pemegang taruh utama bagi setiap IPT yang ditubuhkan di negara ini.

Oleh itu, kami menuntut supaya pihak berkenaan mengambil tanggungjawab penuh untuk membaiki semula segara kesilapan yang telah berlaku dan menyediakan alternatif yang lebih baik serta menganti kerugian yang dialami oleh golongan pelajar tersebut yang terjejas.

MPPK akan memastikan perkara ini tidak lagi terjadi dan akan memantau perkara ini melalui MPP UiTM yang terbabit.

Sekian, terima kasih.

Memartabat Mahasiswa Malaysia

Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Sabri

Presiden

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts