CADANGAN TABIKA KEMAS UNTUK GOLONGAN M40 AKAN WUJUDKAN JURANG ANTARA RAKYAT

409
SHARES
2.4k
VIEWS

Oleh Mohd Nor Izzat Johari

Tabika Kemas sedia adapun tidak cukup untuk rakyat marhaen, ada lagi hati hendak gunakan dana kerajaan untuk ‘golongan kayangan’?

Kita sedar akan jurang antara rakyat yang semakin lama semakin jauh. Sekali lagi, cadangan tidak masuk akal atau cadangan kononnya ‘luar kotak’ seperti ini mahu dilaksanakan.

1. Kemudahan TABIKA KEMAS adalah salah satu usaha Kerajaan Malaysia memberikan pendidikan awal kanak-kanak, kepada semua rakyat Malaysia.

2. Walau bagaimanapun, kepada rakyat Malaysia yang berkemampuan, boleh memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika swasta.

AKAN TETAPI

3. Kerajaan Malaysia menerusi ‘golongan kayangan’ ingin memudahkan lagi golongan M40 supaya mempunyai TABIKA KEMAS M40.

4. Tahukah anda bahawa masih ramai anak-anak daripada golongan MARHAEN tidak berjaya menempatkan anak-anak mereka ke Tabika Kemas sedia ada?

5. Sepatutnya, peruntukan yang ada itu disalurkan untuk penambahan jumlah Tabika Kemas dan membuat penambahbaikan ke atas modul pembelajaran. Menambah lagi kemudahan dan keperluan pembelajaran di Tabika Kemas sedia ada.

6. Apakah perbezaan Tabika Kemas M40 dengan Tabika Kemas sedia ada? Kemudahan? Infra? Modul? Terangkan dengan jelas! Tambahan, berapa pula peruntukan dan nilai tender bakal dikeluarkan?

7. Saya nasihatkan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar agar lebih bersikap prihatin akan rakyat dan bukan membuat cubaan melebarkan lagi jurang rakyat! Anda berkemampuan, anda boleh pilih swasta!

SATU LAGI USAHA MENGHINA RAKYAT!

#PEMBELABersuara
#KitaJagaKedaulatanMalaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts