SEBARANG KERJASAMA POLITIK HARUSLAH IKHLAS – NAZIR HUSSIN

579
SHARES
1.9k
VIEWS

Sebarang kerjasama politik yang dibentuk harus dengan ada keiikhlasan bukannya mendabik dada paling kuat dan paling bersih.

Dalam pembentukan kabinet Malaysia tempoh hari jelas ia dibuat dengan bertujuan mengukuhkan PBBM dan melemahkan UMNO.

Kita terima seadanya demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Dalam situasi politik pasca PRN Sabah juga sekali lagi keikhlasan itu tidak ada.

Bukan sahaja jawatan Ketua Menteri diambil Perikatan Nasional, malah pesetujuan awal pembahagian potfolio Menteri juga ubah sesuka hati.

Apakah satu keikhlasan jika UMNO Sabah terpaksa menunjukkan protes terbuka sebelum PN mengubah semula susunan Kabinet Sabah mengikut persetujuan awal?

Lembu dipegang kepada tali, manusia dipegang pada janji.

Dalam masa yang sama hanya kerana pemimpin-pemiimpin Perikatan Nasional tidak berhadapan pendakwaan politik bukan bermakna mereka paling bersih dan tiada sebarang cacat cela.

UMNO sebuah organisasi siasah besar tidak bergantung kepada mana-mana pemimpin untuk kekal relevan.

Jika PN merasakan BN adalah satu bebanan politik maka seeloknya mereka membuat keputusan menamatkan kerjasama politik ini.

Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin

Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts