HAMZAH MENTERI KDN TIDAK BUAT KERJA?

1k
SHARES
6.1k
VIEWS

Semakin ramai mula mempertikai kenapa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak ‘menjenguk’ isu dan keperluan di Penjara malah sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihaknya berkaitan penularan Covid-19 sedangkan Jabatan Penjara di bawah portfolio beliau. 

Sehingga kini, enam buah penjara telah dijangkiti Covid-19, iaitu Tawau, Alor Setar, Pokok Sena, Pulau Pinang, Pusat Tahanan Sementara Kemunting dan Penjara Wanita Kajang. Daripada 1,126 kes positif Covid-19 di penjara, 39 daripadanya melibatkan pegawai penjara.

Pembangkang juga telah memainkan isu ini, rujuk artikel “Penularan Covid-19 di penjara: Di mana Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin?” oleh bekas Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong di pautan; https://www.google.com/amp/s/liewchintong.com/2020/10/08/penularan-covid-19-di-penjara-di-mana-menteri-dalam-negeri-hamzah-zainuddin/%3famp_markup=1

Tentu kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu pembangkang menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka apatah lagi ‘Kluster PRN Sabah’ mula merebak ke seluruh negara terutamanya di penjara, yang sepatutnya ditangani oleh Hamzah dengan baik. 

Lebih memalukan Hamzah apabila turut tular Ustaz Ebit Liew diminta untuk membantu pihak penjara apabila beliau mendapat surat memohon bantuan tilam dan lain-lain kelengkapan daripada ibu pejabat dan pihak penjara Alor Setar sendiri.

Justeru di manakah Hamzah? Jika beliau hanya tahu mencatur politik, lebih baik Perdana Menteri mencadangkan satu jawatan baru iaitu Menteri Hal Ehwal Politik kepadanya atau jadikan sahaja Hamzah sebagai Setiausaha Politik keempat Perdana Menteri.

Kemudian jawatan Menteri Dalam Negeri boleh diserahkan kepada mereka yang lebih layak dan mahu membuat kerja serta peka dengan isu Covid-19. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga perlu memikirkan keadaan dan keselamatan dalam negara ketika ini tetapi jika diharapkan Hamzah, kredibiliti dan kepercayaan orang ramai terhadap Muhyiddin akan semakin merosot, seumpama “sokong membawa rebah”. 

Apatah lagi strategi Abah, Pak Long, Pak Ngah, Pak Cu semua itu sudah lapuk dan tidak boleh digunakan serta rakyatpun semakin menyampah. 

Kini Hamzah pula menambah masalah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts