RICHARD MALANJUM DAN PRN SABAH

630
SHARES
3.7k
VIEWS

OLEH DATUK DR MOHD PUAD ZARKASHI

PRN Sabah selesai. Kerajaan WARISAN tumbang. Kerajaan baru sudah dibentuk untuk melaksanakan tanggungjawab.

Tetapi satu perkara yang ramai terlepas pandang. Iaitu sokongan terbuka Richard Malanjum bekas Ketua Hakim Negara kepada Warisan. Ia membuka luas pintu kesangsian.

Richard bukan sahaja membuat rakaman video merayu rakyat Sabah menyokong WARISAN tetapi juga berkempen di atas pentas DAP.

Sebelum itu Richard Malanjum telah dilantik begitu cepat sebagai Pengerusi BERJAYA Land sejurus persaraannya.

Berjaya Group adalah milik Vincent Tan. Semua tahu dia adalah kroni Tun Mahathir.

Baru-baru ini kelihatan kelibat Vincent Tan semasa TS Muhyiddin bermain golf selepas PRN Sabah.

Penglibatan politik dan pelantikan Richard Malanjum dan beberapa insiden semasa pentadbiran PH menguatkan syak wasangka wujud campur tangan politik terhadap sistem kehakiman negara. 

Tun Mahathir mempunyai sejarah panjang mengenai campur tangan politik terhadap sistem kehakiman negara.

Contoh jelas ialah kes berprofil tinggi perbicaran SRC yang melibatkan bekas Perdana Menteri DS Najib Razak.

Kes itu sepatutnya didengar di hadapan Hakim Mohd Sofian Abd Razak pada “4 Julai 2018”. 

Tetapi Sofian dengan serta-merta diganti oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali setelah Richard Malanjum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada “11 Julai 2018”.

Itu bermakna pertukaran berlaku seminggu selepas pelantikan Richard Malanjum. https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/07/27/new-judge-to-hear-najibs-cbt-case/

Menukar Hakim ketika perbicaraan sedang berjalan sememangnya menimbulkan persepsi dan keraguan. 

Pelantikan Nazlan menimbulkan keraguan kerana dia baru dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk mengendalikan kes komersial bermula 30 Januari 2017.

Pakar perundangan lebih arif beza menghakimi kes komersial berbanding kes jenayah. SRC adalah kes jenayah. Pembuktian kes jenayah mestilah melangkaui kesemua “keraguan munasabah”.

Sepatutnya Hakim veteran berpengalaman mengendalikan kes jenayah berprofil tinggi. Bukannya yang baru 1 1/2 tahun dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan tanpa pengalaman dalam kes jenayah sebelumnya.

Ia tambah meragukan apabila Hakim yang sama juga menghakimi kes yang ada kaitan UMNO seperti kes Isa Samad, Zahid Hamidi, pembekuan aset UMNO Pekan dan kes Peguam UMNO Datuk Hasfarizam.

Kalau dibandingkan dengan lebih 50 Hakim Mahkamah Tinggi yang sedia ada, maka melonggokkan semua kes politik yang melibatkan UMNO kepada Nazlan seorang sudah tentu menimbulkan banyak keraguan.

Nazlan juga menghakimi kes DAP-LTTE. Keputusan Nazlan mengenai kes LTTE telah mendapatkan pujian daripada Tommy Thomas. Katanya;

Justice Nazlan recognised the principles in the basic structure doctrine and developed in the Indira Gandhi and Semenyih Jaya cases, when holding Section 13 of the Sosma Act as unconstitutional because that section closes the door to judicial application for bail.

Rujuk di pautan. https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/12/13/ag-will-not-appeal-high-court-decision-declaring-sosma-unconstitutional.

Semua orang tahu, pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah cadangan DAP.

SUHAKAM mendesak diwujudkan ‘inquiry‘ untuk menyiasat campur tangan politik dalam sistem keadilan ekoran afidavit Hamid Backer Hakim Mahkamah Rayuan.

Sepatutnya desakan SUHAKAM itu diperluaskan kepada isu pelantikan Hakim dan beberapa keputusan penghakimam semasa 22 bulan pemerintahan PH dahulu.

Cerita mengenai Richard Malanjum dan apa yang terdedah sekarang membuka luas kesangsiaan wujudnya campur tangan dan manipulasi politik, selective prosecution dan political persecution oleh kerajaan PH.

Justeru, kerajaan hari ini mesti membuktikan integriti dan ketelusan.

Muhyiddin wajar memastikan individu-individu yang terpalit tidak boleh kekal untuk mengadili kes yang dikaitkan dengan “political persecution”.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts