WUJUDKAN KERAJAAN PERPADUAN ATAU ‘DARURAT BERTEMPOH’

730
SHARES
4.3k
VIEWS

Sidang Media Khas Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali

Kenyataan dan ulasan mengenai kemelut politik negara terkini yang semakin kusut dan bercelaru.

Ini pati sidang media tersebut adalah seperti berikut;

Dakwaan Anwar mempunyai sokongan majoriti

1. Mengulas mengenai apa hasil pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. 

2. Adakah benar Anwar mempunyai bilangan majoriti yang cukup yang menyokong beliau seperti didakwa iaitu mempunyai 120 lebih sokongan Ahli Parlimen, sekaligus mendakwa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh. 

3. Namun di sebalik kenyataan Anwar, pihak Istana mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan bahawa Anwar tidak mengemukakan apa-apa dokumen (senarai nama) bagi membuktikan dakwaannya. 

4. Kenyataan bercanggah ini yang menjadi perdebatan hangat sehingga menyebabkan rakyat makin keliru dan bercelaru. 

5. Apapun yang dikatakan oleh mana-mana pihak terhadap Anwar selepas pertemuan tersebut, apapun dakwaan terhadapnya sehingga beliau teruk dicaci, itulah perlu Anwar hadapi.

6. Jika tidak benar dakwaan Anwar tersebut, tentu pihak Istana Negara akan mengambil tindakan terhadap beliau kerana membawa implikasi yang besar terhadap kestabilan negara. 

Sidang Khas Parlimen membawa usul undi tidak percaya 

7. Bagaimanapun cara terbaik bagi menyelesaikan kemelut tersebut ialah dengan cara mengadakan Sidang Parlimen Khas dengan segera bagi membawa usul undi tidak percaya atau undi percaya terhadap Perdana Menteri. 

8. Perlu dibuktikan secara terbuka di melalui Sidang Parlimen dan jangan berpolitik serta berselindung pelbagai perkara yang hanya membuatkan rakyat semakin  bercelaru.

Usul undi tidak percaya oleh Ku Li

9. Namun amat mengejutkan apabila YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li mendedahkan surat beliau kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri bertarikh 25 September 2020. 

10. Jawapan balas Azhar kepada Ku Li pada 29 September kurang meyakinkan kerana memang benar usul ini mempunyai peraturan-peraturan berkaitan kerajaan yang perlu didahulukan tetapi usul menentukan sokongan terhadap Perdana Menteri ini amat penting kerana ia berkaitan dengan kepentingan negara.

11. Ia wajar didahulukan melalui budi bicara Speaker Dewan.

12. Kenapa Azhar mencadangkan Ku Li berunding dengan Menteri  di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Dato’ Takiyuddin Hassan sedangkan peraturan Dewan perlu diterjemah oleh Speaker Parlimen yang boleh melaksanakan budi bicaranya, bukan Takiyuddin.

13. Amat memalukan jika Ahli Parlimen perlu membawa usul tersebut kepada Takiyuddin terlebih dahulu, adakah bermakna Parlimen ini sudah hilang wibawa, integriti dan martabatnya? 

14. Akibatnya usul ini mungkin tidak dapat dibawa ke Parlimen dan bagaimana hendak mengetahui adakah Perdana Menteri atau Anwar ketika ini mempunyai mandat yang cukup? 

15. Bukan hanya melalui Akuan Bersumpah (SD) atau melalui pertemuan dengan YDP Agong, tetapi apa salahnya secara ‘gentleman‘ dibawa ke Parlimen, bentang usul dan buat pilihan.

16. Ini boleh membantu menenangkan politik bagi menjamin kestabilan negara. 

17. Ia wajar dibuat dan  diselesaikan sebelum sidang Dewan  Parlimen yang akan membentangkan Belanjawan 2021 yang dijadualkan pada 2 November sehingga 15 Disember depan. 

PILIHAN PERTAMA – KERAJAAN PERPADUAN

18. ADA  DUA PILIHAN bagi menyelesaikan kemelut yang tidak berkesudahan ini iaitu pertama melalui cadangan dilaksanakan KERAJAAN PERPADUAN (unity government).

19. Namun ia perlu dipersetujui semua pihak dan persoalannya siapa yang paling sesuai mengetuainya?

20. Mestilah terdiri daripada calon yang tidak kontroversi, yang boleh diterima rakyat berbilang kaum, Melayu Cina dan India, berpengalaman dan berintegriti. 

Ku Li paling layak sebagai Perdana Menteri

21. Tokoh yang layak dicadangkan ialah YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. 

22. Ini kerana beliau merupakan tokoh yang paling sesuai dan memenuhi syarat-syarat – berilmu, berpengalaman dan banyak berjasa kepada negara.

23. Sejarah pengalaman beliau cukup banyak terutamanya pada zaman Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri dan Ku Li tidak mempunyai apa-apa kontroversi.

24. Kaki tangan kerajaan amat menghormati beliau dan semua kaum iaitu Melayu Cina India selesa dengan Ku Li.

25. Namun ia bukan mudah dan persoalannya adakah parti lain bersetuju? Tidak guna juga jika dilaksanakan Kerajaan Perpaduan tetapi kemelut tetap berlaku jika tidak mendapat persetujuan majoriti parti.

26. Ia diperlukan sekurang-kurangnya untuk setahun dua yang akan datang sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan.

PILIHAN KEDUA – YDP AGONG ISYTIHAR DARURAT BERTEMPOH

27. PILIHAN KEDUA dan paling baik ialah memohon perkenan YDP Agong untuk mengisytiharkan “DARURAT BERTEMPOH”, bagi mencukupkan tempoh sehingga PRU-15 pada Mei 2023. 

28. Elemen yang boleh diisytihar darurat iaitu politik tidak stabil, kerajaan pimpinan Muhyiddin dikatakan hilang sokongan serta ada pihak yang kata mempunyai lebih sokongan, maka ia akan berterusan kerana masing-masing tidak mempunyai bukti sokongan yang kukuh.

29. Apabila diisytihar darurat, YDP Agong mempunyai kuasa melantik MAGERAN yang mempunyai Pengarah dan jawatankuasanya sehingga 2 tahun.

Selesaikan semua masalah dalam masa dua tahun sebelum PRU-15

30. Dalam jangka masa 2 tahun inilah digunakan untuk selesaikan semua masalah antaranya pandemik Covid-19, masalah ekonomi, kadar pengangguran bertambah, menyelesaikan isu perkauman dan sensitiviti agama. 

31. Banyak masalah yang berlaku, selepas ISA dimansuhkan, apatah lagi selepas itu negara berhadapan dengan cabatan baharu melalui internet, maka semua masalah ini perlu diselesaikan.

32. Kedudukan Islam, Raja-raja Melayu terutamanya YDP Agong yang tidak boleh disentuh sesuka hati oleh mana-mana pihak.

33. Selain itu juga bagi menyelesaikan isu hak keistimewaan orang Melayu dan isu Bahasa Kebangsaan.

CADANGAN PELAKSANAAN SISTEM DUA PARTI SEPERTI DI UK DAN US

34. Selepas itu iaitu selepas selesai MAGERAN, boleh dilaksanakan SISTEM DUA PARTI seperti amalan di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

35. Seberapa banyak partipun boleh ditubuh tetapi mesti berada di bawah salah satu antara dua blok parti tersebut.

36. Melalui sistem dua blok parti ini juga diharamkan mana-mana parti menyentuh sensitiviti agama dan kaum. Hanya tumpu kepada good governance, kerajaan yang berwibawa, berintegriti dan bermoral.

37. Mohon pertimbangan YDP Agong dan Raja-raja Melayu bagi Mohon perkenan mempertimbangkan cadangan ini.

38. Presiden dan PUTRA telahpun mengutus surat 3 bulan lalu bagi menyembah cadangan agar Tuanku mengisytiharkan darurat gantung Parlimen selama dua tahun sehingga PRU-15 diadakan. 

Rujuk video penuh sidang media tersebut di laman Facebook beliau di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=976375066165220&id=100013782078232

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts