ZAHID PERTAHAN PAK LAH, NAJIB

102
SHARES
330
VIEWS

Dalam perbahasan titah Yang DiPertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan beban besar termasuk projek yang membawa hutang kepada negara kepada penggantinya selepas berundur pada 2002.

Beliau menyalahkan legasi yang ditinggalkan Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini sebagai sebahagian daripada punca kekalahan UMNO pada PRU ke-14.

“Detik 9 Mei adalah satu tragedi, mimpi buruk. Namun kita harus akui, 22 tahun daripada 61 tahun pemerintahan kerajaan dulu (dipegang) orang yang memerintah (sekarang), satu pertiga daripada tempoh itu. Perdana Menteri selepas itu terpaksa menanggung legasi termasuk projek dengan hutang besar yang membebankan kerajaan dan rakyat.”

Bagaimanapun, katanya lagi, tiada perasaan marah dan tiada yang membangkitkan kebencian terhadap Mahathir.

Seperti yang selalu dibangkitkan oleh netizen, apabila Tun Mahathir sebelum ini dikecam sebegitu hebat  oleh pembangkang termasuklah dengan pelbagai pendedahan bukti kekayaan keluarga dan skandal namun apabila beliau menyertai blok pembangkang (sekarang kerajaan) maka dosa-dosa beliau akan disucikan.

Tiada sebarang pendedahan malah dipertahankan ‘kesucian’ Tun Mahathir sedangkan sebelum ini merekalah yang beriya mendedahkan pelbagai salahlaku, skandal dan kekayaaan yang dikumpul oleh anak-anak beliau.

Inilah yang menjadi kesilapan terbesar Pakatan Harapan yang telah membentuk kerajaan kerana gagal mempertahankan prinsip ketelusan dan kegigihan mereka memerangi rasuah serta kleptokrasi yang akhirnya akan mengakibatkan mereka dilihat sama seperti kerajaan sebelum ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts