RAIS YATIM TIDAK LAGI LAYAK MENJADI SPEAKER DEWAN NEGARA

3.4k
SHARES
19.9k
VIEWS

Tindakan Yang DiPertua Dewan Negara Tan Sri Dr. Rais Yatim yang mengatakan keputusan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menolak cadangan darurat dan menggantung Parlimen oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai “PERLEMBAGAAN TELAH TERCABUL”, sememangnya sangat melampau dan mengejutkan.

Rujuk artikel “Rais Yatim pertikai keputusan YDP Agong menolak darurat” di pautan; https://editormalaysia.com/18104/

Sebagai seorang pengamal undang-undang apatah lagi jawatannya selaku Speaker atau Yang Dipertua Dewan Negara yang dihormati, beliau sewajarnya bercakap atau mengeluarkan pendapat mengikut lunas undang-undang dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

Selaku Speaker Dewan Negara tentunya beliau lebih arif dan mengetahui Perlembagaan Persekutuan memberikan hak sepenuhnya kepada YDP Agong selaku Ketua Negara untuk membuat keputusan tersebut. 

Jangan apabila keputusan yang diambil oleh YDP Agong tidak selari dengan kehendak beliau dan partinya Bersatu yang begitu berkehendakkan kepada darurat, maka beliau cuba mempertikai keputusan baginda yang hakikatnya Rais sendiri tahu ia tidak terkhilaf dan hanya diterjemah mengikut Perlembagaan. 

Maka kini jelas kenapa Bersatu begitu menginginkan YDP Agong mengisytiharkan darurat kerana mereka sebegitu terkejut apabila baginda membuat keputusan tidak seperti yang diharapkan, maka keabsahan titah YDP Agong sendiri sanggup dipertikaikan.

Malah adab bersama Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong juga turut diabaikan oleh Rais walaupun beliau boleh merujuk perkara tersebut kepada Peguam Negara ataupun pakar Perlembagaan lain terlebih dahulu sebelum mentafsirkan Perlembagaan mengikut ‘nafsu politiknya’. 

Justeru, bukan sahaja Muhyiddin dan pihak Bersatu perlu menjelaskan perkara ini, walaupun diketahui mereka akan mengatakan ia sebagai pendapat peribadi,  namun setidak-tidaknya Rais perlu digantikan dengan Speaker Dewan Negara lain yang tidak melebihkan politik kepartian melebihi Perlembagaan Persekutuan.

Semoga Speaker Dewan yang menggantikan Rais selepas ini akan lebih menghormati Institusi Raja-raja Melayu dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts